“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Sunday 30 December 2012

RD BEAUTY~!

bismillah..

RD BEAUTY~!
Inspirasi Kejelitaan Wanita




 alhamdulillah. RD Beauty ni sebenarnya produk kecantikan. ala, zaman sekarang kan dah banyak kosmetik yang cun-cun gitu. hehe.. alhamdulillah, saya sebenarnya salah seorang pengguna RD Beauty ni hehe *promote sikit*

alkisahnya bermula bila my skin dah semakin kusam. tambah pulak rasa ngada-ngada nak tukar kosmetik sebab dah boring pakai Safi Balqis ( dah 4 tahun duk pakai yang tu ). hehe so rasa nak jadi remaja sikit, saya pun usha-usha la barang kosmetik yang jual online dalam fb tuh!
at first, berkenan sesangat ngan produk Adha Skin Care sebab nampak skin pengguna dia cantik giler you! (dlm picture la)
then cuba la pm orang dia. tup2 harga RM150 you! gulp! takkanlah saya yang berstatus pelajar yang duk makan elaun kerajaan ni nak pakai produk yang mahal-mahal. i sanggup beli nasi lagi la you! hahahaa..
One day. terbagitahu umi pasal Adha Skin Care tuh. and bagitahu jugak la yang pasal harga tuh. 
umi pun kata, " kak cik, tengok la kulit umi. beza tak ? "
me : intai-intai! WOW!!!! kulit muka umiku sangatlah halus mulus and suci murni gtu! cewah! hahahaa... alahai fatnin, baru perasan! *too bad*
terus umi promotekan produk RD Beauty ni! umi kata harga dia murah sikit. tadelah sampai beratus-ratus tuh. kalau student boleh la nak beli. saya pun terus mintak wang dengan abah and order ngan umi ( bajet duit abah and umi tak sama! haha )
so alhamdulillah, hari ni dah masuk beberapa hari pakai produk ni, alhamdulillah, ok je.. tade la teruk sangat! umi kata kena sabar la dulu. insyaAllah xkan menggelupas kulit muka.
:)



so inilah barangan produk RD Beauty.. ianya terdiri dari 3 komponen asas iaitu; SABUN KECANTIKAN, UV PLUS FOUNDATION ( KRIM SIANG ) and NIGHT CREAM ( KRIM MALAM ). dont worry, product ni sesuai untuk semua jenis jantina, xkira lelaki ke perempuan. insyaAllah selamat digunakan :)



this is beauty soap. bau dia ala-ala sabun betik. kena jaga baik-baik sebab sabun ni mudah habis kalau tenggelam dalam air. so sediakan bekas yang sesuai. ianya berindak sebagai agen pembersih wajah and buat kulit kita lebih gebu and lembut, insyaAllah. jerawat pun akan hilang lepas pakai ( yang jerawat PMS tuh lain cite la yer. hehe ) sabun niboleh dipakai dua kali sehari iaitu ketika pagi and malam. :)




 yang dua atas nie pulak krim siang a.k.a U.V Plus Foundation. well macam krim kecantikan yang sentiasa kita guna tuh. krim ni sesuai untuk jenis kulit. ianya akanmelembapkan kulit wajah and buat wajah lebih berseri, halus, cerah and gebu. krim ni akan lindungi kulit dari sinaran uv and boleh dijadikan alas bedak. pakai pada waktu siang pagi and petang :)




krim malam or night cream ni obviously kita tahu akan digunakan pada waktu malam. alaa tapi tade la tengah malam time kita nka tidur tuh. lepas mandi boleh la pakai. bau dia best je.. hehehee.. sebelum gunakan krim malam, kita kena pakai dulu sabun kecantikan tuh. and sapukan krim malam pada wajah and leher dalam keadaan awajah masih lembap. ianya juga akan bertindak sebagai anti kedutan. :)

akhirul kalam, produk apa-apa pun tidak boleh menandingin kesucian wudhuk. cantik mana pun wajah kita, bersihkanlah dengan wudhuk, insyaAllah wajah akan berseri dengan sendirinya. produk-produk kecantikkan ini hanyalah sekadar ikhtiar kita untuk menjaga wajah. selebihnya terserah pada Allah :)
kalau wajah cantik, hati hitam, buat apa jugak kan ?
so selaraskan kedua-duanya insyaAllah kita akan cantik luar dan dalam. wallahuallam ^_^

p/s : andaikata la kalau sape2 yang berminat dengan produk RD Beauty ni, or nak tanya apa2 yang berkaitan, boleh je pm my facebook or tweet je kat my twitter. insyaAllah boleh tolong aja. ;)

wassalam.

rujuk testimoni disini













Friday 28 December 2012

AKHIR TAHUN 2012

bismillah...




oyeah.. today is 29 Dec 2012. so tomorrow terpaksa balik ke perkampungan jitra kembali!! sob3!! ;'(
tak mauuuuuuuu!!! ggrrr...
well, itu adalah perasaan yang normal bagi orang yang normal duk asrama! bila dah bercuti sebulan lebih, duk rumah; BANGUN MAKAN TIDUR! BANGUN MAKAN TIDUR! BANGUN MAKAN TIDUR! so tak pelik laa perasaan ni menjadi amat berat nak tinggalkan rumah! dan family!!!!

tapi walaumacamna pun, terpaksa hadapi kenyataan yang malam esok akan tidur dalam bas! yeahh!! hehehee.. hope perjalanan malam esok berjalan dengan lancar, amin..





2012 bakal berakhir. 2013 bakal menyusul. means im going to be 20 y/o young woman. heheee. bajet rasa tua! kawan-kawan sume dah bising kata umur 20 ni dah boleh kahwin, dah boleh bertunang. me ?? err jauh dari panggang la kut! hehee.. tak mau pikir sal berpasangan, apatah lagi pasal mendirikan rumah tangga and beranak pinak! tapi kalau prince charming tetibe datang melamar, apa boleh buat! hahahaa...*ok koya*





urm so fatnin, bersiap sedialah untuk menghadapi tahun baru!
bersedia nak bertemu dengan subjek-subjek baru!
bersedia untuk belajar memandu dan dapatkan lesen!
bersedia untuk melakukan transformasi diri!
bersedia untuk BINA INSAN GURU ( ggrrr projek awal tahun you ) !
bersedia untuk apa-apa sahaja cabaran yang mendatang!
bersedia untuk memperkuatkan iman dan mengawal diri dari melakukan kemungkaran, insyaAllah !

wassalam :)



Wednesday 26 December 2012

''War And Conflicts''



alhamdulillah,
Allah masih beri kesempatan ke atas diriku ini untuk hidup lagi :)

so today, im going to do some reflection about my last assignment for Social Studies. ececeyy, pas abis sem baru semangat nak wat refleksi diri. hurm actually, today ternampak my classmate update video esemen yang kami buat. so rasanya tak salah kut kalau nak imbas balik kenangan2 yang kami lalui sepanjang the video making tuh. :)




as usual, permulaan projek kami agak hambar jugak. semuanya disebabkan oleh kekurang peralatan iaitu camera! well tanpa camera, jangan nak berharap lah video ni buleh dbuat! yelah, xkan nak snap and record guna tepon kut.. oh well sebenarnya boleh je! hahaa dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. kan ??
hahaha
tapi kami tetap bersabar untuk menunggu DSLR yang sapa punya ntah ( arif pinjam dari kengkawan kos lain. sape ea??? :O )
alhamdulillah, so selepas banyak giler2 idea yang mencurah2 dari kepala hotak kami sekumpulan, kami berjaya menghasilkan sebuah video yang uummphh! hahahaa.. *bajet*

yeayy!! untuk pengetahuan, kami bukannya record video and snap pic kat kawasan ipda! but kami sampai PERLIS ok! PERLIS!! hahaha semangat assignment punya pasal, kami sanggup mengorbankan masa dan juga wang! ( eleh, padahal happy bleh jenjalan, assignment tuh jatuh number 2 haha )
ohya! pasal perlis nieh; ada kisah disebaliknya! hahaha.. satu kenangan yang tak dapat dilupakan buat kami! serioulsly! heheehe

kami ber11 bertolak ke perlis lewat petang! well, boys kelas kami mmg suka buat plan secara tiba-tiba and terus bergerak ke perlis! hehe. so sampai kat kawasan pantai di kuala perlis dah nak senja! okey, posing sakan, record video kat sana! dengan tiupan angin yang kuat-sesangat-sampai-nak-tercabut-tudung
( mencik! tudung xjadi gara2 angin kuat sangat. malu i huhu ), kami buar recording pasal war! well, so speaking2 london sesikit sorang!
then ke masjid dekat kawasan tuh *cantik woo masjid tuh..nama apa ntah*
then makan kat kedai ikan bakar *melayang-layang duit yang mana musim uh musim pokai*
memandangkan kami sampai ke perlis pun dah lewat, makanya, sampai ke ipda pun lewat! hahaa.. ok aku biasa ja balik ipda lewat! i mean aku xkesah sangat pun balik ipda, sebab jiwa nakal and moteng memang ada dlm jiwa *cewah*, tapi ntah cane malam tuh, kami tertangkap dengan warden! dengan WARDEN! wahh!! and that night, kami ber11 free2 dapat lampt! hahahahaaaa... best wo0oo00 ( for me )
yela, dapat warning dari warden secara berjemaah! hahaha.. so, matrik cars kitorang kena tahan ngan warden.. hehehe.. pengalaman! you mana ada! hahahaaa..

ok stop pasal perlis! selain perlis, kami turut buat rakaman kat tasik jitra! hurmm tasik jitra ni memang cantik, and luas and cantik and luas and cantik and luas and nyaman and ramai orang!! hahaha.. kat sini, kami rekod  dari orang luar! orang ramai. ada kanak-kanak yang main buai, ada remaja remaji yang duk main kat padang , and ada pasangan kahwin yang sedang takin pict! hahahahaa.. so alhamdulillah, pengalaman ni mengajar kami tentang cane nak berinteraksi dengan orang luar.. what ? u think senang ke nak mintak ngan parents budak nak amik pict diorang ? ntah2 salah faham kami ni dari agensi gila kanak2 ( just kidding ).. hehehehee... overall, alhamdulillah, kami berjaya! yeahhh!!!


so i think, cukuplah dengan bebelan aku tuh! eahh..






*kalau tak best, maaf la. tapi ni yang terbaik yang kami lakukan. mungkin pada awalnya dimata kami ianya satu projek untuk assignment, tapi percayalah! ianya adalah permulaan kepada ukhwah kami.. :) *

thanks to :

Muhd Khairul Arif
Nur Izzati Ridzuan
Nur Fatnin Izni
Dina Syafiqa Annur
Farah Wahida
Amira Shahirah
Anis Farzana
Hannan Nur
Alif Firdaus





wasalam :)







Monday 24 December 2012

bismillah,

sejuk! hujan! banjir! tidur! makan!

perghh kelantan dah macam duk kat Korea ( ceh tnin bajet mcm penah pi korea. ) hahaha.. hujan turun xhenti2 since kemarin. ok tipu je! since beberapa hari hujan renyai2, rintk2, lebat2, dah macam2 hujan turun kat kelantan nei!! well, musim boh is coming!! banjir! yeayyyy.. hehe. best nyer kalau leh ngarung ayaq banjir!! *miss zaman kecik2*

uhuk!! so here we are.. 24 Dec 2012. beberapa hari lagi mau tahun baru.. uhuk3!! tahun baru means im gonna be 20 y/o lady and and and... dah nak jadi orang dewasa. ummpphhh xbrapa nak best!! rasa nak ulang balik masa ke zaman sekolah rendah. hahahaaa.. tak mau hadapi kenyataan yang diri ni dah bertambah tua! hik3..

alhamdulillah,
tahun 2012 berlalu dengan penuh kenangan pahit manis masam pahit tawar and masin! macam2 adaa!!! well, tahun 2012 bermula dengan penuh keriangan and sweet memory ( hurm it was not actually..walaupun ianya happy buat smentara waktu).. pertengahan pun berlalu dengan penuh cabaran dan dugaan! dan pengakhirannya alhamdulillah, sangat2lah menenangkan jiwa dan raga!!

alhamdulillah,
tahun 2012 banyak mengajarku erti persahabatan! eahh.. permulaanya agak tough, urmm well, ianya adalah perkara biasa jika ada terasa hati, terasa limpa, terasa jantung dengan kengkawan! hehe.ianya sebenarnya mengindahkan lagi ukhwah! insyaAllah. and i love my roomate so much! ( tetiba!) well, i guess she is my bestfriend. weii fatnin, xperlu guess sangatlah kan. tanpa roomate, daku xkan dapat pergi kelas awal! hahaha.. and the most important is, she is my worih! ok fine! this is the best part. selalu je tiap kali terbayang kembali waktu pertama kali datang ipda, mesti ak teringatkan kisah aku panggil dia kat pejabat hostel, sebab nak se'room dengannya. hahaa.. uh pun kenal time register! hehehee.. lawok3!!!
alar,, bukan my roomate je my besties. my classmate sumenya baik2 belaka! seriusly! and hannan! hahaha.. she is the one yang aku paling hormat, respek, dan sewaktu dengannya! haha yelar, xsampai setahun lebih kenal dia, dah berhari2 aku pi stay kat rumah dia! hahaa. i think perkara tuh la kut yang buat kami lebih rapat2 gik! hehe...
tak lupa gak mira, farah,zati,anis,yan ( dia ni giler2..ok sgt giler!hahaa),murni, farah diba,fatin fakhira,biha and alex! hahahaaaaa.....


alhamdulillah..
tahun 2012 mengajar aku erti kerinduan terhadap kawan2. siyesly, miss my lovely naimians.. hurm agak susah nak ketemu dengan diorang. yela, sekarang nei sumenya pakat busy dengan urusan masing2, and cuti pun xsekali.
alhamdulillah, baru ni kuar dengan my loves, pjah, syidah and juzailah. so terlepaslah jugak rindu ni kat diorang! hehee..
ishh kalau duk sekali ngan diorang memang xkering gusi gigi lidah ah! duk gelak 24 hours. seriously esp with pjah and syidah. well, pjah memang ada kuasa yang tersendiri yang mampu buat kita tergelak sampai xingat dunia! hahahaa.. miss them so much!
i wish i can meet all my naimians' friends.. miss them so much..  ;')


pjah, iam so sorry. mg marah aku upload kat fb, so ak buh dlm blog ah. and shafiq, iam so sorry, ak tahu pic mg hok ni meme uduh! hahaha. tapi tape, mg meme semak bena! hahha (syidah comey terr)


with my love juzailah! hehehe. :*

alhamdulillah,
tahun 2012 ni pergi bercuti ngan family ke ipoh ( again ). haha meme tadok tempat lain doh nk gi sebenarnya. tapi tape, as long as berada denga family, pergilah mana2 pun, i sanggup! hehee.. best! pergi kolam, pergi shopping. well, tambah2 mydin mall kat ipoh baru bukak, and memang besar sesangat! best bershopping dengan jayanya! hahaha.. and duitku abis melayang2! and kami berjimba di cameron higlands juagk!!ehheehe... ;)









alhamdulillah,
tahun 2012 mengajar aku erti susah payah untuk berjaya! hurmm result untuk first exam aku dah kuar. alhamdulillah, walaupun rendah sesangat ( and i think mine is the lowest dlm kelas ), ak berjaya ke peringkat dgree.. frust uh memang ada, but i know my weakness. memang tahu diriku tidak lah hebat in english. ok bukan tidak hebat, but memang tak pandai. urm baru neih terluah and mengadu ko abah, and he said;

"abah tahu anak abah boleh buat. awal2 mulo abah terkejut kak cik buleh nak sambung blajar tesl. abah xseko anak abah semangat nak belajar bi. family kito bukenyo hok peseng kecek english, tok supo family ore lain. tengok tv pun duk baca subtitle sokmo. tapi insyaAllah, dea kita belajar, gak, nyo buleh la tuh biar kita lemoh pun, tapi asalkan ada usaha dan semangat, nyo  buleh la."

ok abah! anak abah menangis terharu dengan nasihat tuh! abah la yang terbaik! yang selalu memahami diri ku ini. huk3.. ;')

so insyaAllah, i will do the best and study hard and smart! tak mo dah study last minute! and kena ubah gaya hidup di ipda! seriusly gaya hidup aku disana amat2 lah teruk! insyaAllah, i will be the best!

alhamdulillah,
tahun 2012 mengajar aku erti cinta!
it is better for me to be in one-sided love. i love to have a crush! i will always wait for you. i will change myself to be the perfect for you. hanya doa yang mampu ku hulurkan.. :)



wassalam.














Sunday 16 December 2012

BUKIT KELUANG BEACH!

bismillah...

alhamdulillah, beberapa hari yang lepas ( gara2 lambat update, dah lupa bile pergi ), kami 2 keluarga ke Bukit Keluang di Besut. yeah! kami berpicnic di pantai.. yeah pantai ketika di musim TENGKUJUH!!
hee,,alhamdulillah best sumenye.. well, pantai tuh memang cantik and tak ramai orang.. ( sape yang nak pergi pantai ketika musim hujan except my family ?? )
kami bertolak awal2 pagi ( yeah pukul 10 pagi masih awal bagi saya ), and sampai dlm kul 12.. cuaca mendung ketika kami baru sampai.. tapi sebenarnya sebelum sampai ke pantai, kami dah bertemu dengan hujan yang sangat2 lebat.. hehee...
so, here we are.. :)










Monday 10 December 2012

pengajaran hidup.

bismillah..

alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan nyawa untuk meneruskan hidup ini.. walaupun kemarin menempuhi sesuatu yang agak berat, tapi alhamdulillah, Allah membantu ku..

FITNAH! yeah.. sesuatu yang amat berat untuk dipikul tapi harus mencari ketabahan untuk menghadapinya. sesuatu yang amat sukar. alhamdulillah,Allah menimpakan saya dengan satu ujian. dalam masa satu hari, saya rasa seperti mahu lari jauh2 dari manusia. dari segala2nya.. ya! saya amat lemah orangnya. saya mudah mengalah. saya tidak mampu untuk bersabar. dan mulut saya agak ummphh bila marah. masyaAllah fatnin izni.. Allah bagi ujian untuk satu hari je tapi dah lemah.. masih banyak kelemahan yang saya ada..

MARAH! yeah.. marah adalah sesuatu yang amat sukar untuk dikawal. saya mengaku, saya seorang yang mudah panas baran tapi dengan orang2 yang tertentu. orang yang betul2 cabar kesabaran saya.. masyaAllah. permulaan hidup kemarin dengan sesuatu yang amat mengejutkan..dan saya dah melenting ntah pape.. and at the end, i end up with tears,.. masyaAllah, lemahnya kamu fatnin... lepas tu, nak hilangkan ingatan tentang masalah tu, saya layan korean drama. hurmm nasib baik crita tu dapat menyejukkan hati neih balik,.. gelak2 tengok hero yang hensem ( ish fatnin.. -_- )..
then malam tuh Allah timpakan balik ujian dengan perkara yang sama.. akibat dah letih dengan tangisan, dapat keberanian selesaikan masalah dengan sendiri. kalau nak harapkan orang yang selesaikan, memang tak ah.. alhamdulillah, segala2nya selesai.

PERSAHABATAN. yeah.. sahabat itu sukar dicari.. amat2lah sukar untuk mencari seseorang yang mampu berada disisi kita time kita sedih dan gembira. sahabat yang berfikiran jauh, yang mampu pikir baik buruk untuk orang lain. dan alhamdulillah, dengan kejadian kemarin, saya dapat kenalpasti beberapa jenis sahabat. ummpp pengajaran hidup : jangan mudah mempercayai seseorang. harus lebih berhati-hati. jangan mudah berterus terang. oh yeah. pasal berterus terang! yup! berterus terang itu baik, tapi ianya menjadi tidak baik apabila diterus terangkan kepada orang yang salah dan ianya akan bertukar menjadi FITNAH! so fatnin, you should learn how to shut your mouth up and recognize who are your friends. ni memang masalah si fatnin sejak dari dulukala lagi. mudah sangat mempercayai orang.

KEBERANIAN. yeah.. ingat senang ke nak jadi berani ?? senang ke ?? tak senang sangat tapi kita perlukan  keberanian untuk mencari penyelesaian. seandainya saya takut untuk face directly dengan **** ( ok, bukan directly sgt.. dlm fb je pun ), sy pasti masalah ni belum selesai. kan fatnin kan ?? hurmm yelar.. because i know, i cant bear with all the ques that i got in ask.fm.. they actually kill me! ( oyeahh pagi ni pun sbnarnya dapat soalan lagi yang berkaitan dgn mslh ni, tapi terus delete. sbb kalau baca and simpan dlm ingatan, naya diriku ini.)
berani untuk menghadapi risiko! yeah! risiko kena marah, risiko kena fitnah, risiko takut maaf xditerima. but alhamdulillah, insan yang sy hadapi tu lembut hatinya.. walaupun sy sedar masalah ni dari awal lagi start with me ( fatnin, stop believe people ), dia tetap maafkan saya. semoga Allah merahmati hidupmu.. amin..

P/S : alahaii.... banyak sebenarnya masalah yang ku hadapi minggu neih.. first of all, Tok Wan Mahmud dah kembali ke rahamtullah.. *al-fatihah*
seriusly hari tu sangat2 lah terkejut sbb baru je melawat tok wan mahmud ngan dina.. sedih but agak kalut.. then baru2 ni, rumah my grandma kena ceroboh pulak. alahai heboh jadi kes polis.. sangat2lah gempar! Allah nak uji lah nieh.. dan kemarin lah kut kemuncak masalahku.. tape lahh,. at least i hve something to remember,, heehehehee...







****THANK YOU ALLAH****












Sunday 9 December 2012

9 DECEMBER 2012

dah lama tak rasa perasaan macam ni. happy. bahagia. membunga. melayang ke kayangan.
Ya Allah, seandainya dia jodohku, perdekatkanlah hubungan kami. walaupun kami jauh buat masa kini, pertemukanlah kami di masa akan datang. amin.

P.S : merinduimu duhai sahabat :)

Friday 7 December 2012

kebun buah dan mandi sungai!

bismillah.
baca tajuk pun dah tahu nak tulis cerita apa. alhamdulillah, kemarin, dengan secara tiba-tiba dikejutkan secara mengejut oleh adik ( ish mengganggu masa tidurku ), suruh bersiap sebab nak pergi ke kebun. ohh saya ni bab-bab picking buah agak malas sikit. lagi best kalau makan buah yang dipetik. tapi disebabkan semuanya wajib pergi ( hukum dijatuhkan oleh abah dan umi ), so kami bersiap-siap laa..

at first ingatkan nak pergi petik buah rambutan kat dusun tepi kubur. rupa-rupanya nak pergi ke kebuhn kat tepi bukit di paloh. sapa kena bukit panau, a'ah kat situ laa.. so my atuk punyer kebun uh ala-ala bleh wat jungle trekking dalam hutan ah. penuh semak samun and PACAT! and oh yes! seekor pacat telah mendapatkan rawatan derma darah percuma from me! aishh terlupa nak pakai kasut! yela, sape sangka nak datang situ..

 this is the view of my kebun! hurmm actually view kat tepi jalan yang nak masuk ke kebun. 


 inilah perjalanan kami masuk ke kebun! huhu.. mencabar ? urm mencabar la kut dengan pacat! hahaa


 oyeah! ini lah pokok manggis or in kelantan, buoh setto. yang frustnya, buah tak banyak sangat! i think dah diambik orang. biarlah. uh rezeki diorang la uh.


 berjalan-jalan sambil mencari pokok yang ada buah. =D


jalan-jalan, cari buah! 


 posing dalam hutan pon boleyyyy...


haa tuh la salah satu pokoknya! yang buahnya putik lagi! huhu


lepas abis petik dan dapatkan semua buah-buah yang ada, kami semua mendaki bukit la pulak! amboi! bajet hiking! hahahaa.. kat sebelah kebun uh, ad bukit yang dah ditoreh sebenarnya. me and adik beradik sume pakat daki bukit tuh! hehee.. ececey bajet laaa.. dah la pakai bukan outfit hiking pun.. me with cadigen and slipa prah prah jah daki uh... and at last, terjatuh belebok jugok!! sakit wo0o0o0ooo...






ini lah pemandangan kat kawasan bukit tuh! ada lopak air! hahahaa... and gambar adikku yang perasannn sangat2!!! hahahaha
















selamat sampai ke puncak bukit! ececey bajet tinggi sangat! hahaha but boleh tahan jugak lah ketinggian dia tuh! so thats all pictures yang kat kebun and bukit.. aishh banyak lagi sebenarnya my story nieh... part sungai belom masuk pun lagi... >.<

i think, just masukkan pic jela yerr.. no more words nk tulis.. 


nampaknya satu jelah pic kat sungai nieh sebabnya abang saya seksi yang amat. kang tak pasal-pasal ramai peminat plak after this. hahahaha.. setakat itu sahajalah hari kami berlalu untuk kelmarin.. alhamdulillah. segala puji bagi Allah. :)