“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Thursday 24 January 2013

my story #part3 Lantunan Mahabah Rasululillah

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah sekali lagi kerana Allah telah memberi cik fatnin satu peluang yang amat berharga dan bermakna pada malam ini..
alhamdulillah Ya Allah..
alhamdulillah kerana diberi kesempatan masa dan waktu kepada hambaMu ini untuk menadah secebis ilmu di Stadium Sultan Abdul Halim tadi.. terima kasih juga kepada kakak-kakak yang baik hati berbesar hati menumpangkan dua belah kakiku ini join program pada malam ini (CC : kak tiqah,kak alifah, kak azurin and kak asma)

berbalik kepada kisah program ni,
alhamdulillah,
saya dapat jemputan dari kak alifah sebenarnya. and pergi ke sana pun dengan zero information! siyesly ikut je diorang. tak tahu lah pulak prgram apa. yang tahunye just program untuk sambutan maulidurrasul..tapi pergi jela kan, sebab nak cari sesuatu untuk mengukuhkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.

alhamdulillah,
hari ini diberikan peluang untuk berpuasa sunat. demimu Rasulullah and Allah. dah tersangat2 syukur kerana hari ini seriously tak lapar! even untuk sesaat perut ini tidak menyanyi apatah lagi berdansa.urmmm i think laa, kalau tak puasa, perut ni siap joget-joget kut nak mintak makanan.. so inilah salah satu bukti kekuasaan Allah and amalan sunnah Rasulullah.. alhamdulillah kerana saya mampu bertahan sehingga habis program dengan minum air bandung cincau dan secebis roti gardenia perisa vanilla (malu nk makan banyak ketika ceramah.ramai orang kat tepi.hehehe)

alhamdulillah,
kami sampai ke destinasi untuk mencungkil kisah kekasih hati kami di Stadium Sultan Abdul Halim pada waktu maghrib. dan keadaan pada waktu itu sesungguhnya sudah penuh dengan kereta2 yang parking. (and me ketika itu masih blur kenapalah ramai sangat orang ni ).. kami terus jalan masuk ke dalam stadium and me tengok,aishh semua orang pakai baju serba putih kot! yang lelakinya berpakaian jubah putih dan serban putih.yang akhawat pun xkurang hebatnya. and me with baju kurung coklat and tudung oren, aishh xkena tema fatnin ni.. masuk je dalam dewan,aiyoyoyo penuh dengan banner wajah-wajah para ulama' malaysia.subhanallah! dan waktu inilah baru saya tahu kenapa manusia ramai sangat-sangat yang datang. tiada satu orang pun yang ingin melepaskan peluang untuk bertemu dengan ulama'. subhanallah!

alhamdulillah,
seusai menunaikan ibadah solat maghrib dalam stadium secara berjemaah, slot ceramah diteruskan oleh TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA ( PONDOK MADRASAH ARRAHMANIAH, SIK, KEDAH). slot itu berkisarkan tentang kisah kehidupan Rasulullah. disebabkan masa yang amat terhad, kisah kehidupan Rasulullah dapat disentuh ketika Baginda dalam kandungan dan ketika kecil. yang pasti memang power and detail la info2 yang dapat malam ni. seriously banyak fatnin tak tahu tentang sirah Rasulullah ni. thats why berazam and tekad nak ikut akak2 tersayang ke alor setar malam ni.

alhamdulillah,
tuan guru telah bercerita bagaimana reaksi dunia and makhluk apabila benih Abdullah telah bersemadi dalam rahim Aminah.

  1. terdengarnya laungan suara di langit.
  2. dunia mekah diberikan baju dunia iaitu hujan. kerana before this tanah mekah mcm kering and after hujan, rumput mula menghijau. thats why dinamakan baju dunia.
  3. haiwan-haiwan di darat mahupun di laut mula bercakap tentang bakal kelahiran pemimpin dunia ini ( Rasulullah )
  4. paderi-paderi nasrani and yahudi mula terasa gerun di hati walaupun ketika itu Nabi Muhammad masih dalam kandungan ibunya.
  5. terdapat bisikan di telingat Aminah yang mengatakan anak yang dikandungnya adalah sebaik-baik manusia dan memintanya menamakan bayi tersebut dengan nama 'Muhammad'.
Tuan Guru menyambung kisah Rasulullah pada kandungan berusia 2 bulan, 9 bulan sehinggalah Rasulullah lahir dan dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib. saya cuma ingin berkongsi info yang saya rasa amat menarik tertarik memang da bomb la kan, salah satunya, tilam yang dilapik buat Rasulullah ialah tilam yang berwarna hijau. as we know, our Rasulullah sukakan warna hijau. *tiba-tiba terpikir,nanti dapat anak, nak guna tilam hijau jugak laah hehee.*
selain itu, saya juga baru tahu yang adat orang arab ni tak suka tunjuk baby baru lahir kat orang luar before family or saudara terdekat tengok dulu. tuan guru cerita, Aminah siap guna periuk* kut tutup anaknya dari dilihat orang. then, jumlah ibu susuan Rasulullah ialah seramai 10 orang. Tuan Guru jelaskan thats why lah Rasulullah banyak perangai mcm lemah lembut, baik hati sebab susu ibu ni boleh berfungsi mengubah tabiat anak. baby akan terpengaruh dengan sifat ibu yang disusui itu. Halimah ( ibu susu Rasulullah ) adalah seorang yang sangat lemah lembut dan miskin. tetapi ketika menjaga Muhammad, kehidupan beliau telah berubah menjadi kaya.
*rasanya ni jelah yang saya dapat dari slot ceramah tadi. alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu ini. dan saya sangat-sangatlah terkejut ketika berpalingkan muka kebelakang time ceramah. subhanallah, ramainya manusia! siap berdiri kut.nasib baik kami dtg awal. kalau tak, memang kena berdiri lah kan.. *



alhamdulillah,
saya percaya ilmu Allah itu luas dan tiada sempadan. dan saya juga percaya Allah turunkan ilmu kepada hambaNya setiap masa tak kira dimana dan bila. alhamdulillah, saya telah belajar tentang sesuatu yang amat bermakna pada malam ini. selain dari isi program tadi, Allah telah berikan saya peluang untuk belajar tentang 'ukhwah' secara indirect. :)
saya belajar tentang bagaimana ukhwah itu terbina dan bagaimana ukhwah itu dapat bersemi dengan lebih baik. terima kasih kepada tenaga pengajar yang tidak sedar bahawa saya telah belajar sesuatu dari mereka. terima kasih kakak-kakak senior malam ini ( kak tiqah, kak alifah, kak azurin dan kak asma ).. kalian telah mengajar saya erti ukhwah yang sebenar. cara kalian berinteraksi sesama sendiri dan juga dengan saya telah mengubah persepsi saya terhadap pandangan saya. *jujurnya fatnin tidak rapat dengan kakak2 sekalian, tapi mereka telah menunjukkan dan melayan saya macam dah rapat sesangat and bagaikan berkawan dah lama ah*..terima kasih kerana sanggup berhenti makan kat kedai dulu before balik ipda! ok hati saya tersentuh dan terjatuh.. deboookkk! auccchhh! hehehee...

apa-apa pun, alhamdulillah saya bersyukur dengan ilmu kurniaan Allah ini. semoga saya dapat menghayati dan mengaplikasikan dalam kehidupan sendiri, insyaAllah.




wassalam :)








Monday 21 January 2013

FRIEND WITH BENEFITS.





Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, hari terbuka hati nurani untuk mencoret tentang kehidupan berkawan.. saya terdengar sepatah ayat yang berbunyi “ Friend with Benefits”. Generally, we can understand that the quote means berkawan untuk mendapatkan kelebihan atau dengan bahasa yang lebih mudah “Guna Kawan”. Ramai yang kata, “alaaahh, dia tuh cari aku time ada masalah je! Time senang tak ingat pulak.” Tak kurang ada yang berkata, “ jangan kawan dengan dia, dia tuh xpandai jaga kawan.” Tapi ianya berbeza dari pandangan saya.
 This is my personal view, well, lain orang lain pandangan. Lain ujian yang Allah berikan so lain pengalaman yang dialami. Mungkin pendapat kita berlainan tetapi saya cuba terangkan dalam perspektif di mata saya, insyaAllah.




“ carilah kawan yang seramai mungkin, kita pasti akan memerlukan bantuan mereka di masa hadapan.” (by abah (setelah ditransletkan ke bahasa baku)

Kehidupan kita berkawan bermula sejak zaman sekolah rendah dan kemudiannya ke zaman sekolah menengah. Tu xmasuk lagi dengan kawan di zaman tusyen di luar sekolah or mengaji al-quran kat rumah jiran ke apa. Apa yang pasti, kita berkawan apabila kita terdedah kepada masyarakat di sekeliling kita. Masa terus berubah dan kita akan berhijrah.
Sampai satu tahap dan masa, kita akan tinggalkan kawan kita jauh-jauh. Mungkin dia di selatan, kita di utara. Dia di barat dan kita di timur. Who knows? Hanya Allah yang menentukan masa depan kita. Semestinya perubahan arus masa ini akan menjarakkan hubungan kita dengan kawan. In my opinion, apabila seseorang kawan or kenalan jauh dan dah xrapat macam dulu-dulu, datang dan mintak pertolongan, so apa masalahnya. Kenapa kita perlukan pertikaikan pertolongan yang diminta oleh kawan kita sendiri ? yelaa.. manalah tahu kan tiba-tiba after 2/3 years tak kontek, and tetiba berhubung kembali because she/he wants some help from us. kenapa perlu kita ungkitkan tentang ‘Friend with Benefits’ sedangkan berkawan bukanlah bermaksud, hang nak mintak tolong dengan aku, kena makan,jalan,tidur,sembang ngan aku dulu. Baru boleh aku tolong.  Alarrhh, time ada masalah baru datang cari aku, kalau tak, batang hidung pun tak Nampak! Wow! Kesianlah kat kawan kita tuh nanti. Seharusnya kita bersyukur kerana mereka meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi untuk berkongsi masalah dengan kita. Ukhwah antara sahabat itu masih mendalam, if not, takkanlah tetiba orang nak mintak tolong dengan kita kan.

Selain itu, percayalah bahawa apabila seorang kawan kita tetiba mintak tolong or ‘gunakan’ kita untuk sesuatu, berkemungkinan ianya satu petanda yang dia rindukan kita. (oohh tidakk!! Ada orang rindulah!haha).heheh seriously, me pun kadang-kadang tak sempat nak bertanya khabar kawan-kawan lama yang dah berjauhan. Yelah, semuanya busy kan. Dan kita pun tak tahu yang mereka tuh busy or sangat-sangat busy. Tambahan pula kawan-kawan yang sambung study in medical, engineering and many more yang memerlukan usaha yang gigih dan kuat! Tak macam bakal guru ni, ringan sikit..xbusy memanjang, Cuma kalau dah musim assignments memang jangan ganggu lah kan! *ok.dah out of topic*
Sometimes sengaja nak create masalah or memang bermasalah and rasa nak kongsi dengan kawan. Dlm erti kata yang lain, nak cari bahan untuk berhubung. Yela, memang dah cukup dengan hantar mesej bertanyakan khabar. But for me laa, lagi best kalau mesej dengan ada isi and topic! Hehee..aiishh Nampak macam nak tarik perhatian la pulak! Well YES! Memang nak tarik perhatian pun! :D
Ohh itu penerangan untuk kehidupan zaman sekarang. Macamna untuk kehidupan yang akan datang? Zaman berkerjaya ? zaman dah jadi hak milik orang ? haaa,, lagi laa tiada masa untuk bersembang chit chat dengan kengkawan ni! Urmm perkara yang paling simple and mudah yang perlu kita percaya, berkawan ni tak bermakna hilang jika tidak berhubung, tapi ingatan kita terhadap sahabat itu yang paling penting. My umi pun kadang-kadang ada cerita pasal classmate dia dulu. See? Ingatan yang kuat walaupun kita sebagai seorang sahabat pun tak akan tahu tentang tuh. Cubalah jadi kawan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. Manalah tahukan,satu hari nanti, bila kita selalu menolong mereka, insyaAllah di masa hadapan, kita pula yang memerlukan pertolongan mereka. J
Tapi jangan lupa, manusia ni Allah cipta dengan pelbagai jenis karenah dan perangai. Pandai-pandai kitalah menafsir dan memahami orang sekeliling kita.


Jenis-jenis kwn yg terdapat dlm Al-Quran :

1) QARIN = kawan yg sentiasa bersama kita menyuruh melakukan maksiat & melanggar perintahNya.

2) KHAZOOL = kawan yg menunjukkan dia sangat setia kpd kamu & apabila tiba waktukamu memerlukan pertolongan, dia pergi meninggalkan kamu...

3) WALI = kawan yg melindungi kita.Dia bukan shja sahabat kita malah sentisa menoleh kebelakang utk melihat kita..

4) SIDDIQUE = kawan yg paling ikhlas..Dia mengetahui apa yg terbaik utk kamu & dia tidak segan utk menegur kesalahan kamu..

5) KHALIL = kawan yg paling rapat spt adik beradik kamu. Sehingga apabila dia sedang gembira,kamu juga dpt merasai kgembiraan itu..

6) HAMEEM = kawan yg akan @ tdk akan mnjd kawan baik kamu tp dia berkelakuan spt dia rapat dgn kamu..

7) WALEEJAH = kawan yg boleh dipercayai & dapat menyimpan semua rahsia kamu sebaiknya...

8) AKHDAN = kawan yg kamu cuba mendekatinya spt ALLAH nyatakan dlm Al-Quran..kamu mengejarnya spt kamu mencari calon utk berkahwin..

-kita boleh nilai sendiri kita ni kawan yang macam mana???



This is for all my friends. I love you so much!


SAHABAT HiNGGA KE SYURGA... ●•٠·˙

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yg aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana ALLAH SWT..
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yg aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini,
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku mempunyai banyak kelemahan yg terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku,
Wahai sahabat yg dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku,
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku sentiasa b'harap untuk menjadi sahabat yg setia di sisi.. dalam payah & senangmu
Kerana,
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI...


Sahabat yg s0leh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yg s0leh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yg siang
Malam berjuang untuk ker0sakan

Sahabat yg s0leh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan s0al pilihan
Kejayaan yg dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa.. ^^

Sahabat yg s0leh
Ialah yg menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yg s0leh sangat menyayangi sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yg dicintainya terus tersasar & tersasar...
Dari cinta & Redha Ilahi

Sahabat yg s0leh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yg kau kata
Setuju apa yg kau bicara


Sahabat yg s0leh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup b'kongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yg s0leh
Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yg soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah p'sahabatan yg telah kau bina dengan penuh kasih & sayang

Jadikan dOa yg tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yg tidak putus-putus sebagai hadiah yg tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

Sahabat yg sOleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berd0alah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat s0lehmu Oleh ALLAH di Jannatul Firdaus yg abadi
Insyaallah... :)

Sahabat yg s0leh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yg Mementingkan Diri Sendiri





 ukhwah fillah!


Saturday 19 January 2013

my story #part2 UIAM GOMBAK!

bismillah..

alhamdulillah, pagi tadi (20januari2013,0619am) selamat sampai ke IPDA!
alhamdulillah pengalaman yang telah ditimba tak akan dapat diganti dengan movie marathon and sleeping kat bilik! so walaupun korbankan hanya untuk sejumlah kecil wang and masa, amatlah berbaloi untuk ke UIAM Gombak, untuk menuntut ilmu! untuk menguatkan jati diri and memberi inspirasi! cewahh!! semangat molek sero.. hehehe.. :D

well, perjalanan ke Gombak tuh tade laa amazing sangat.yee just biasa je.. naik bas and tidur and bangun and sambung tidur balik sampai sakit tule blake and lenguh kaki and cramp and so on! hahahaa.. sampai ke r&r sungai buloh dalam pukul 6 pagi kemarin.. bersihkan diri and salin pakaian kt sna.. seems UIA dekat ngn r&r uh,so it just took an half of hour nak sampai..

masuk je perkarangan UIAM Gombak tuh,, mulut i ternganga macam nampak istana! hahahaa.. jakun sangat fatnin nieh! but wehh seriously cantik wo0o0o0 subhanallah!! UIA! tak pernah sampai pun kat sini before this. uh yang jakun sangat tuh! hehehee.. dengan bangunan yang antik and klasik,everything kaler grey gitu, memang DOUBLE WOW! ahh!! hehehee.. ok memang jakun!hahaha..

alhamdulillah FESTIVAL BELIAWANIS NASIONAL berlangsung dengan jayanya. cuma program tuh ada terkesok waktu sikit..masa agak pack! and forum GAZA yang paling best!well see the panelis ahh.. mereka semua hebat! kak syaza (photographer untuk misi solidariti GAZA), cik amie ( JOHAN program SOLEHAH ) and cik salima ( EX-STUDENT AKADEMI FANTASIA ).
pengalaman mereka memang mantap and perkongsian oleh mereka memang hebat! terasa terbakar-bakar hati nak join pi gaza jugak! before this join majlis bakar semangat ni kat sekolah naim je, so bila tertiba-tiba dpt join program cmni lagi, masyaAllah rasa macam semangat uh meresap balik dalam diri. alhamdulillah.






kemarin ada gap sikit between asar-isya. so me and my rumet took the chance pi round2 UIAM! pergghh besar you! memang berangan ah kalau nk jalan2 satu kampus kan..hehee so just pergi setakat mana yang mampu.. urm bangunan dia sangat2 lah cantik and antik! besar! heheee... bukan takat tuh, segala bagai ada dalam uh. ATM melambak dlm tuh, memang tak perlu keluar ah ( tak macam budak ipda ni, kena jalan kaki pergi politeknik sebelah baru bleh kuarkan duit ).. tapi yela, nama lagi university. international pulak tuh.. so xpelik pun! hehehe.. bukan takat uh, kedai-kedai runcit banyak sih! kedai jual baju, tudung and many more! perghh memang xrisau ah sape yang belajar kat sana kan. untong la! ( ok abangku yang beruntong!)











p/s : roomate saya yang cantik jadi model sambilan kat UIA! HEHEHE


Tak tahu la nape kan, but me pkir semua pelajar UIA ni cantik2 and hensem2. haha. and memang pun! semua akhawat from UIA cantik-cantik,manis-manis gtu! yeahhh seriously! tambah2 dengan bertudung labuh and berpurdahnya, me  yang perempuan jugak ni pun macam WAH!! hehhee..
tapikan, marin sepanjang sehari duk kat sana, xjumpa la plak 'abang-abang hensem'. ahaks.. yang jumpa pun yang kulit hitam. hehee maybe tempat kami uh jauh dari hostel diorang. ahaha.. nasib baik la kan.. terjaga la jugak mata ni.. tapi ad je yang kulit putih melepak jalan2.. hehehee.. ok dah fatnin, stop it now! hahaha..

alhamdulillah, diharapkan ilmu yang ditimba seharian kelmarin dpat diaplikasikan dan digunakan untuk kehidupan seharian. tertarik dengan kata-kata cik amie :

WANITA BOLEH MELAKUKAN SEBANYAK 7 KERJA DALAM SATU MASA. bahkan saiyidatina Aisyah melakukan 8 KERJA sekaligus!

so fatnin, insyaAllah akan cuba ke tahap itu! ilmu kena selalu dicari bukan dinanti! insyaAllah satu hari nanti akan berguna untuk akhirat kelak. wallahuallam :)

wassalam.























Friday 18 January 2013

my story #part 1

bismillah..

wo0o dah berhabuk blog ni ditinggalkan. well memang dah dijangka bila balik ipda, mesti xterusik blog ni. busy ?? urm not really.. malas ?? iyup~! probability uh ada..

so alhamdulillah,after a few weeks brgelar mahasiswa, yerr terasa kelainan nye.. yela, from PPISMP changes to PISMP memang banyak la perbezaannya kan.. yang obvious sekali jadual kelas. alhamdulillah, dah tade kelas yang sampai pukul 5 petang. paling lewat pun pukul 12 pm. subjek2 uh memang agak tough but fatnin kena work hard and smart la kan nak catch up all the subjects.. tapi berdasarkan perjalanan hidup setakat hari nieh, aishh fatnin, macam tak berubah pun ?? aigo0o0...

PISMP ni dah target nak ubah hidup! ubah hidup tak bermaksud nk kahwin ok. ubah dari segala jenis segi ah..oh yaa.. tonite insyaAllah me and all my usrahmates akan bertolak ke UIAM Gombak.. untuk program beliawanis kat sana.. insyaAllah sampai hari ahad nanti..


urm rasanya bila duk kat ipda ni, idea makin berkurang plak nak post new entry.. tapelaa.. just untuk setakat neih je.. actually banyak je idea but bila ngadap lappy neih, faham2 jela.. jumpa fb, twitter, runningman.. bukak folder pun jumpa merlin and movies. aishh fatninn... so bad!

ok laa just dats all.. heee nanti insyaAllah akan update lagi.

wassalam :D

Saturday 5 January 2013

SALAM 2013

bismillah.

syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih dikurniakan nyawa untuk terus hidup di atas dunia ini.
so today is 2nd January 2013. yeah dah masuk tahun baru, means saya dah berumur 20 tahun! :)
actually, tak merasa sangat pun perbezaan umur, mungkin sebab gaya hidup masih tidak berubah dari tahun sebelumnya. cuma buat masa sekarang, status sebagai seorang mahasiswa IPG kian terasa!
*oke, before jump into that story, nak crite pasal hari terakhir 2012.banyak memori yang dicipta walaupun disaat yang terakhir*

first story :
saya bertolak balik ke ipda pada malam 30 december 2012. before naik bas tuh, memang dah berdoa habis-habisan, xmau hujan malam tuh!




yelar, setiap kali naik bas, mesti hujan ( setakat ni memang tak pernah tak hujan ). tapi apakan daya, takdir Allah yang menentukan segala-galanya. subhanaallah! hujan turun dengan lebatnya pd mlm tersebut! seriously! dah la malam tu terlupa nak bawak umbrella! me with my dad and abe iky tunggu bas dlm keadaan hujan! ggrrr agak ah!! *then ada kejadian yang buat bertambah kalut; dengan pakcik bas and dengan tiket!!*

sampai je kat ipda pada pukul 5 pagi, me terkejut dengan kehilangan kunci bilik pulak. well kunci2 tuh sepatutnya berada di pejabat asrama and tak tahu la cane, my key room tade!! dpt notis, kena pei pejabat asrama pukul 9 pagi.

tade kunci bermakna takleh bukak la my loker sebab kunci loker ada kat kunci bilik *oke,nampak tak masalahnya disitu*. ok it was my fault. actually student tak dibenarkan kunci pun loker, but me mengada-ngada nak kunci. padahal bukan ada benda berharga pun dlm loker tuh. so bertambah la kalut hari uh.




oyeahh tak masuk pasal makan. conclude sendiri la dari status diatas!!!

alhamdulillah, segala-galanya selesai pada malam harinya. so mlm tahun baru tuh memang agakk ummmpphh ahhh!! me mencari tukul kat pejabat asrama, and skru drebar pinjam ngan apih and arip! yelar, nak bukak loker nieh!! hahahaaa...nasib baik laa ade!!


inilah alatan yang saya tercari-cari malam tuh.. letih donng!! hahahaaa...


tadaaa!!! bukak pun!! alhamdulillah!! hhehe

malam tahun baru tuh, punyalah lapar sebab makanan kirim kat boys suruh beli! diorang pergi Alor Star,so terpaksa tunggu diorang balik! dan akhirnya, kami makan nasi pada TAHUN BARU iaitu pada pukul 12.10 am! heheehehe...


yum3!!nasik goreng ayam! thanks to arip!!! tanpa hg, kebulur kami neih. hehehe.. NASI TAHUN BARU!!


so i guess thats all laaa.. agak lambat nak menghabiskan entry neih.. alhamdulillah, its done..

wassalam :)