“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Thursday, 24 January 2013

my story #part3 Lantunan Mahabah Rasululillah

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah sekali lagi kerana Allah telah memberi cik fatnin satu peluang yang amat berharga dan bermakna pada malam ini..
alhamdulillah Ya Allah..
alhamdulillah kerana diberi kesempatan masa dan waktu kepada hambaMu ini untuk menadah secebis ilmu di Stadium Sultan Abdul Halim tadi.. terima kasih juga kepada kakak-kakak yang baik hati berbesar hati menumpangkan dua belah kakiku ini join program pada malam ini (CC : kak tiqah,kak alifah, kak azurin and kak asma)

berbalik kepada kisah program ni,
alhamdulillah,
saya dapat jemputan dari kak alifah sebenarnya. and pergi ke sana pun dengan zero information! siyesly ikut je diorang. tak tahu lah pulak prgram apa. yang tahunye just program untuk sambutan maulidurrasul..tapi pergi jela kan, sebab nak cari sesuatu untuk mengukuhkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.

alhamdulillah,
hari ini diberikan peluang untuk berpuasa sunat. demimu Rasulullah and Allah. dah tersangat2 syukur kerana hari ini seriously tak lapar! even untuk sesaat perut ini tidak menyanyi apatah lagi berdansa.urmmm i think laa, kalau tak puasa, perut ni siap joget-joget kut nak mintak makanan.. so inilah salah satu bukti kekuasaan Allah and amalan sunnah Rasulullah.. alhamdulillah kerana saya mampu bertahan sehingga habis program dengan minum air bandung cincau dan secebis roti gardenia perisa vanilla (malu nk makan banyak ketika ceramah.ramai orang kat tepi.hehehe)

alhamdulillah,
kami sampai ke destinasi untuk mencungkil kisah kekasih hati kami di Stadium Sultan Abdul Halim pada waktu maghrib. dan keadaan pada waktu itu sesungguhnya sudah penuh dengan kereta2 yang parking. (and me ketika itu masih blur kenapalah ramai sangat orang ni ).. kami terus jalan masuk ke dalam stadium and me tengok,aishh semua orang pakai baju serba putih kot! yang lelakinya berpakaian jubah putih dan serban putih.yang akhawat pun xkurang hebatnya. and me with baju kurung coklat and tudung oren, aishh xkena tema fatnin ni.. masuk je dalam dewan,aiyoyoyo penuh dengan banner wajah-wajah para ulama' malaysia.subhanallah! dan waktu inilah baru saya tahu kenapa manusia ramai sangat-sangat yang datang. tiada satu orang pun yang ingin melepaskan peluang untuk bertemu dengan ulama'. subhanallah!

alhamdulillah,
seusai menunaikan ibadah solat maghrib dalam stadium secara berjemaah, slot ceramah diteruskan oleh TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA ( PONDOK MADRASAH ARRAHMANIAH, SIK, KEDAH). slot itu berkisarkan tentang kisah kehidupan Rasulullah. disebabkan masa yang amat terhad, kisah kehidupan Rasulullah dapat disentuh ketika Baginda dalam kandungan dan ketika kecil. yang pasti memang power and detail la info2 yang dapat malam ni. seriously banyak fatnin tak tahu tentang sirah Rasulullah ni. thats why berazam and tekad nak ikut akak2 tersayang ke alor setar malam ni.

alhamdulillah,
tuan guru telah bercerita bagaimana reaksi dunia and makhluk apabila benih Abdullah telah bersemadi dalam rahim Aminah.

  1. terdengarnya laungan suara di langit.
  2. dunia mekah diberikan baju dunia iaitu hujan. kerana before this tanah mekah mcm kering and after hujan, rumput mula menghijau. thats why dinamakan baju dunia.
  3. haiwan-haiwan di darat mahupun di laut mula bercakap tentang bakal kelahiran pemimpin dunia ini ( Rasulullah )
  4. paderi-paderi nasrani and yahudi mula terasa gerun di hati walaupun ketika itu Nabi Muhammad masih dalam kandungan ibunya.
  5. terdapat bisikan di telingat Aminah yang mengatakan anak yang dikandungnya adalah sebaik-baik manusia dan memintanya menamakan bayi tersebut dengan nama 'Muhammad'.
Tuan Guru menyambung kisah Rasulullah pada kandungan berusia 2 bulan, 9 bulan sehinggalah Rasulullah lahir dan dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib. saya cuma ingin berkongsi info yang saya rasa amat menarik tertarik memang da bomb la kan, salah satunya, tilam yang dilapik buat Rasulullah ialah tilam yang berwarna hijau. as we know, our Rasulullah sukakan warna hijau. *tiba-tiba terpikir,nanti dapat anak, nak guna tilam hijau jugak laah hehee.*
selain itu, saya juga baru tahu yang adat orang arab ni tak suka tunjuk baby baru lahir kat orang luar before family or saudara terdekat tengok dulu. tuan guru cerita, Aminah siap guna periuk* kut tutup anaknya dari dilihat orang. then, jumlah ibu susuan Rasulullah ialah seramai 10 orang. Tuan Guru jelaskan thats why lah Rasulullah banyak perangai mcm lemah lembut, baik hati sebab susu ibu ni boleh berfungsi mengubah tabiat anak. baby akan terpengaruh dengan sifat ibu yang disusui itu. Halimah ( ibu susu Rasulullah ) adalah seorang yang sangat lemah lembut dan miskin. tetapi ketika menjaga Muhammad, kehidupan beliau telah berubah menjadi kaya.
*rasanya ni jelah yang saya dapat dari slot ceramah tadi. alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu ini. dan saya sangat-sangatlah terkejut ketika berpalingkan muka kebelakang time ceramah. subhanallah, ramainya manusia! siap berdiri kut.nasib baik kami dtg awal. kalau tak, memang kena berdiri lah kan.. *



alhamdulillah,
saya percaya ilmu Allah itu luas dan tiada sempadan. dan saya juga percaya Allah turunkan ilmu kepada hambaNya setiap masa tak kira dimana dan bila. alhamdulillah, saya telah belajar tentang sesuatu yang amat bermakna pada malam ini. selain dari isi program tadi, Allah telah berikan saya peluang untuk belajar tentang 'ukhwah' secara indirect. :)
saya belajar tentang bagaimana ukhwah itu terbina dan bagaimana ukhwah itu dapat bersemi dengan lebih baik. terima kasih kepada tenaga pengajar yang tidak sedar bahawa saya telah belajar sesuatu dari mereka. terima kasih kakak-kakak senior malam ini ( kak tiqah, kak alifah, kak azurin dan kak asma ).. kalian telah mengajar saya erti ukhwah yang sebenar. cara kalian berinteraksi sesama sendiri dan juga dengan saya telah mengubah persepsi saya terhadap pandangan saya. *jujurnya fatnin tidak rapat dengan kakak2 sekalian, tapi mereka telah menunjukkan dan melayan saya macam dah rapat sesangat and bagaikan berkawan dah lama ah*..terima kasih kerana sanggup berhenti makan kat kedai dulu before balik ipda! ok hati saya tersentuh dan terjatuh.. deboookkk! auccchhh! hehehee...

apa-apa pun, alhamdulillah saya bersyukur dengan ilmu kurniaan Allah ini. semoga saya dapat menghayati dan mengaplikasikan dalam kehidupan sendiri, insyaAllah.




wassalam :)








1 comment: