saya ada seorang sahabat. oh actually saya ada ramai sahabat.
tapi ni nak cerita tentang seorang sahabat. dia biasa-biasa je. sama dgn yang lain..
CUMA...
dialah yang berada di sisi saya sepanjang dua tahun setengah ni,
dialah yang sentiasa menceriakan hari saya,
dialah yang sentiasa mencubit lengan ni,
dialah yang sentiasa berjalan bersama saya,
dialah yang makan bersama saya,
dialah yang selalu ajak saya study (?),
dialah yang selalu beraksi manja depan saya,
dialah yang selalu snap picture saya,
dialah yang sentiasa memberi semangat,
dialah yang menjaga saya,
dialah yang segala-galanya.
hurmmmm...
saya rasa sepanjang 5 tahun ni, akan terikat dengan dia.
setiap saat. setiap masa. setiap hari.
if kami tidak bersama, confirm mesti akan ada orang yang tanya,
"mana tnin ? mana dina?"
kami tiada persamaan !
saya dan dia ada banyak perbezaan !
YES !
dia seorang yang brutal, saya seorang yang ayu.
dia suka biru, saya suka pink.
dia suka cerita seram, saya suka cerita fantasi.
dia suka keadaan gelap, saya suka keadaan cerah.
dia cantik, saya comel. (ok hahahahaa)
sepanjang 2 tahun setengah persahabatan kami ini,
sedikit sebanyak ada persamaan yang terjalin antara kami..
RUNNINGMAN, MEGGI, BUTTERSCOTCH BREAD !
banyak yang telah saya belajar dari si dia. !
dia mengajar saya erti kebrutalan ! erti kesungguhan ! erti persahabatan !
saya belajar, tidak semestinya kita memerlukan seseorang yang sama interest untuk bersama, untuk bersahabat. tetapi persahabatan sejati yang akan mencari persamaan antara kami ! :D
dialah sahabat saya
DINA SYAFIQA ANNUR AZHAR
setiap kali dengar lagu ni, seriously teringat kat dia. hehehe.. :D
semoga persahabatan yang telah kita jalinkan ini akan dirahmati Allah.
ampun maaf sekiranya terdapat salah dan khilaf sepanjang perjalanan hidup ini..
thank you Allah for sending me this great friend :)
ALHAMDULILLAH !
p/s : tajuk xleh blah. saya normal.
No comments:
Post a Comment