“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Wednesday 27 February 2013

my story #part6 Friendly Comparative Religion

bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah, pada 22 Februari yang lalu, saya telah menghadiri sebuah program di Motel FMAS, Bandar Darul Aman iaitu "Friendly Comparative Religion". program ini disampaikan oleh Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji.

ok ! rasa macam formal semacam jee my writing ni. hehe...Program ni dilangsungkan pada pagi Jumaat, dalam around pukul 8.15 dah berkumpul kat depan asrama, tunggu transpot datang ambik. well, kami kan puteri-puteri yang perlu dilindungi.hehe *bajet-bajet*
alhamdulillah laah, secara tak langsung, memang bergunalah weekend saya kali ini.. productive gtuuu..bangun pepagi, iron baju nak pergi timba ilmu sikitttt.. rasa macam wowww jee... hehehe.. *Syabas Fatnin,syabas!*

alhamdulillah, jauh di dasar hati saya mengatakan, TIDAK RUGI sesennnn pun datang ke program FCR ni.seriously ! sangat-sangatlah hebat penceramah, Bro Shah tuh.. memang tabik springggg ahh !! setiap kali mulut dia berbicara, mesti dibuktikan dengan ayat-ayat suci al-quran.. ibaratnya sebuah Al-quran tuh memang dah ada dalam diri beliau. envy sesangat!

ok baiklah, berbalik kepada intipati FCR ni sendiri, alhamdulillah,
FCR ini telah membuka hati dan akal saya tentang kepentingan berdakwah. at first, Bro Shah memperjelaskan tentang perbezaan antara DAKWAH dan ISLAH!
Dakwah ini sebenarnya lebih kepada menyebarkan agama kepada non-muslim manakala Islah ini lebih kepada menyebarkan agama kepada kalangan muslim sendiri.

Bro Shah Kirit..inilah penceramahnya..sempoi kan? hehehe :)

satu statement dari Bro Shah yang buat muka saya rasa macam lebam dan mau sorok kat belakang pintu, bila kami memberi alasan "TIDAK CUKUP ILMU" untuk berdakwah ialah pergi cari ilmu. he said, kalau duk kata tiada ilmu, then sampai bila kita nak biarkan diri kita tanpa ilmu.. senang jee contoh yang Bro Shah ni bagi..

sory kak alifah.curi status akak sikit.hehehe :)


selain itu, berdakwah ini sebenarnya bukanlah bermakna anda perlu menjadi seorang penceramah dan prong pang prong pang duk bagi ceramah depan non-muslim. no! banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk berdakwah. dan yang paling ketara ialah; berdakwah melalui perbuatan.

contoh terdekat, as we know, Rasulullah tidak pernah menggunakan paksaan terhadap non-muslim untuk memeluk islam. bahkan Baginda menunjukkan satu keperibadian yang mulia yang mampu menambat hati seseorang. pointnya di sini, kita tahu dan ada ilmu tentang cara-cara untuk berakhlak mulia.apa itu akhlak mulia. tetapi adakah kita mengamalkannya?? itulahh yang menjadi satu tanggungjawab bagi setiap muslim untuk menunjukkan satu modal insan yang terbaik..

Satu lagi perkara yang saya amat kagum dengan Bro Shah ini, beliau tidak merendahkan agama yang lain. setiap huraian yang diberi oleh beliau semuanya stable. meaning beliau tidaklah memperendah atau memperlekehkan agama-agama lain yang dibincangkan. di sini saya boleh relate dengan kehidupan seharian. kita ni bukan setakat dengan non-muslim,sesama islam sendiri pun duk perlekehkan. duk kutuk2 orang kalau tak kena dengan diri kita. Bro Shah berpesan, program ini diadakan bukan untuk mencari kelemahan, tetapi persamaan antara-antara agama. lagipun, Rasulullah sendiri mengajar kita supaya menghormati agama lain kan.. :)







ini adalah satu contoh kisah yang mengenai seorang kanak-kanak yang mampu berdakwah. :)



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. ( sumber cerita : tekan sini yer kalau nak tahu :)

wassalam :)

p/s : terima kasih umi Aisyah atas kebenaran meng'download'kan pictures.hehee syukran3 !! ^_^
















Sunday 17 February 2013

my story #part5 Kem Muslim Mumtaz

bismillahirrahmanirrahim :)

KEM MUSLIM MUMTAZ

Lokasi : Keda Resort kg. Bendang Man, Sik Kedah..
Tarikh : 8 - 10 Februari 2013 

Sasaran peserta : semua penghuni Rumah Gemilang (79 orang ) (rumah anak yatim)

Alhamdulillah, 
saya telah berpeluang untuk menimba satu pengalaman yang sangat-sangat berharga, yang tak mungkin semua orang dapat. Kem Muslim Mumtaz ni satu program yang dibuat khas untuk anak-anak yatim Rumah Gemilang. so dalam erti kata lain, saya ke sana as fasilitator..

but here, im not going to write about the kids, bout mostly bout myself as 'peserta'.
secara jujurnya, kem ini telah memberi satu pengajaran yang amat besar buat saya. mungkin fasi-fasi lain tak dapat pengalaman yang sama macam saya, well lain orang, lain ujian, lain pandangan dan lain hikmah yang Allah berikan :)

dua minggu sebelum kem ini bermula, 
kumpulan fasi ini dikumpulkan dan di briefing terlebih dahulu oleh super duper seniors a.k.a pendokong untuk program ini. at first, wahh! excited you! yelaarrr! nak pergi jalan jauh kut ( perjalanan ke Sik mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Jitra ) dan eksaited sebab first time join program macam ni. seriously first time jadi fasi! hahahaa.. *abaikan pengalaman language camp dulu*
BUT,
duk tengah letih briefing tuh, last point yang akak senior tuh bagitahu,
SEMUA FASILITATOR DIWAJIBKAN PAKAI TUDUNG BIDANG ATLEAST 50 KEATAS! AND TUH PUN XBOLEH NAK BUTTERFLY! KENA PIN STRAIGHT KE BAWAH! 
and me was like, "what the ????" *moral down*

seriously tekanan perasaan datang secara mendadak.
terus pelbagai argument datang dalam diri..

"apa senior nih, nak suruh pakai labuh2, bagitahu awal2 lah."
"mana boleh paksa-paksa macam ni."
"aishh rasa nak cancel and balik bercuti awal lagi.. STRESS!"
*secara jujurnya, inilah yang saya rasakan*

dengan perasaan yang kucar kacir, kacau bilau, pening kepala dan stress, saya ambik keputusan untuk tekad balik awal! nak cancel semuanya!!! even though tiket bas balik lewat dah beli, but sanggup lagi called my uncle, tanya boleh balik dengan dia tak khamis nanti..*tahap kritikal*

tapi dengan kuasa Allah yang maha berkuasa, Allah telah membuka hijab hati saya walaupun xberapa nak terang, but still ada nur gituuuu... hewhewww...
alhamdulillah, Allah telah menghantar beberapa 'mesej' melalui post2 di facebook! mungkin sekilas pandang post tersebut bukanlah tuju untuk saya, but dalam hati nurani dan dalam ini, terasa juga kesannya!

first post yang buat rasa mari 'daq di dada ialah 





seriously wow ! memang kena atas muka kut!! setempekk kenaaa!! adushhhh *rebah jatuh tergolek2*
Ya Allah, mungkin hikmah dan kebaikan disebalik kem ini saya masih belum sepenuhnya nampak, tapi saya pun tahu, nak berubah ni kadang-kadang kena dengan sedikit 'keterpaksaan". xboleh nak ikutkan hati manja ini sangat. dan mungkin sebab diri saya ini yang agak keras bila orang suruh atau paksa, yang menyebabkan saya bajet nak buat2 rebel gitu. dan benda ini sangat-sangatlah tidak elok! 

bukan setakat post ni sahaja, masih banyak lagi peringatan dari Allah melalui facebook!










Kem Muslim Mumtaz.
mungkin pada awalnya iman saya teramat lemah untuk menerima semua ini. alhamdulillah, terima kasih kepada my beloved naqibah kak alifah and also kak tiqah for explaining and memahami kitorang sesangat. ilmu kami amatlah ketara nak bandingkan dengan kakak2 super duper senior yang dah lama berkecimpung dalam bidang dakwah ni. dan kami masih adik hingusan yang mana memang baru lagi dan diri kami sendiri pun masih banyak yang kena baiki. thank you a lot.
thank you for all my friends Dina, Mira, Izzati, Anis and Farah sebab tnin rasa akan give up dengan cepat dan terus give up rasanya if korang pun turut give up with me! thank you! walaupun at first, kite memang semakan dengan point masing-masing, but alhamdulillah, kita dah dapat hikmah disebalik kem ini kan..




OK STOP DENGAN PERASAAN YANG ALHAMDULILLAH DAH BERAKHIR!
masuk ke fasa ke-2 iaitu tentang anak-anak yatim Rumah Gemilang di Kem Muslim Mumtaz.

kami bercamping untuk 3 hari 2 malam iaitu pada hari jumaat, sabtu dan ahad. tetapi kami sampai di Rumah Gemilang seawal hari khamis lagi. 
pertama kali menjejakkan kaki ke rumah anak yatim, masyaAllah, satu perasaan yang tak dapat diungkapkan! kak tiqah dah banyak kali bagitahu yang adik-adik RG ni sangat2lah friendly and memerlukan kasih sayang dari kami semua. memang terserlah di raut wajah mereka ketika our first step sampai ke RG! mereka keluar dengan berkain sembahyang dan duk teriak nama kak tiqah, and kakak2 lain yang diorang kenal. aisshh dan kami selaku fasi-fasi yang baru ni tersangat2lah awkward! yelaaa.. aishh.. ok tutup cerita !
kembali kepada pengajaran hidup!

selama 3 hari 2 malam bercamping bersama mereka, seriously terbit rasa sayu di hati. why ? anak-anak RG dari umur sekecil 8 tahun sehingga 18 tahun, mereka semuanya hidup berdikari. then kenapa sayu ? alahaiii.. mana tak sayunyaaa.. adik yang paling kecik, yang kalau adik kita kat rumah, memang kita tantang habis-habisan, dan mereka disana dididik untuk berdikari.. first night kat RG tuh tengok adik-adik packing baju untuk kem. mereka sendiri yang cari baju, lipat baju, masukkan dalam beg. xtermasuk yang iron baju sendiri lagi. ok, my umi pun let me iron baju sendiri masa umur darjah 4! dan mereka ini hanyalah anak-anak kecil ! seriusly tabik springg kepada diorang !! tabik dengan ketabahan mereka!

kem ini banyak menekankan tentang aurat wanita. and me as a fasi untuk dua orang anak ( tasha and latifah ) rasa tersangat-sangatlah malu kepada diri sendiri. yela, kena terangkan kepada adik-adik tentang pemakaian yang elok but me myself pun masih xbetul jalan. astagfirullahalazim. sesungguhnya kem ini telah membuka [intu hati saya untuk terus belajar memperbaiki diri. imagine, duk bersungguh terang kepada adik-adik pasal aurat, but diri sendiri tak betul, asih  macam tak kena ja kan.. memang xsecara tak langsung, ilmu yang ada dalam diri ni terkesan dalam diri sendiri jugak ! mungkin ini salah satu hikmah tersembunyi yang Allah nak tunjukkan kepada saya tentang islam yang betul.. 

bila dah tercakap pasal aurat ni kan, terfikir lahh jugak adik-adik kat rumah tuh. selama ni saya tak pernah la pulak mengutarakan isu aurat di rumah (sedih kan?). memandai-mandai je nak didik anak-anak yatim tuh but adik-adik kat rumah sendiri pun tak terdidik lagi.. masyaAllah..itu kelemahan saya, dan insyaAllah saya akan cuba perbaikikan lagi...

and the most favourite part in this camp, iaitu perkenalan dengan sahabat-sahabat baru!! yeayyyy!! hahahaa
bahagia yang amat kut ! a'ah la, mana tak bahagianya! selama ni duk terkurung dan terperap je dalam IPDA tuh! memang tak kenal pun dunia luar. dan alhamdulillah melalui kem ini, saya dapat kwan2 baru..memang ramai lah kan sebab fasi2 ni bukan dari geng ipda ja! and yang paling rapat dengan KAK NAJWA ( kasi bold sikit nama dia)! HAHAHA... ok bukan setakat kak najwa, but dengan kak asma ( unisza ) kak mizah, even dengan ipdarian sendiri pun! yela, kami teslian kan memang terpinggir sikit kan! tak kenal senior2 nieh! ahaha. baru kenal rapat dengan kak humaira, kak ana and many more! alhamdulillah. hope ukhwah ni akan terus bersemi sehingga selama-lamanya! amin. :)

sorry amira shahirah, tnin curik pic nih.. tade koleksi nak letak dlm blog T.T


alhamdulillah, semoga apa yang Allah rancangkan ini untuk diri kita dapat memberi seribu manfaat! mungkin tidak banyak, tapi hanya sedikit. timbalah ilmu walaupun dari anak kecil. :)






wassalam ^_^







































Saturday 16 February 2013

my story #part4 CNY holiday

bismillahirrahmanirrahim...


ok,saje2 letak qoute atas tuh. blur nak start dengan ayat apa. haha..idea tak mau datang neih, cano ? haishhh pikir tnin pikir! hahahaa..
ok alhamdulillah, Allah dah berikan sebanyak 5 hari untuk bercuti sempena CNY neih. well, sebenarnya cuti CNY 9 hari tapi after join Kem Muslim Mumtaz ( kena buat entry yang khas nk crite pasal kem nieh ) and bertolak balik ke IPDA pada malam jumaat lagi, so tolak tambah bahagi darab, jadilah 5 hari..

alhamdulillah, diri ini selamat sampai ke Tanah Merah,Kelantan pada pagi hari isnin.. seriously perjalanan balik by bas Mutiara tuh xsedaq pape. yelar, mungkin disebabkan oleh keletihan yang teramat-amat letih di kem, buat tidurku dalam bas pun macam tidur atas katil jaa.. celik2 tengok dah sampai depan pizza hut Tanah Merah. *pergh nasib baik tersedar.if not, memang sampai kb la nampaknya*

oyeahh..
sampai je pagi isnin tuh, dah ada agenda tersendiri...pepagi hari lagi *pukul 10 pagi*, umi kejutkan. suruh bangun and bersiap untuk ke majlis sumbangan ahli PERMATA. adehh! punyalah letih baru balik kut, and malas sesangat, bersiap lah jugak kita ni. and adala drama sesikit dengan abang kita yang bajet nak tinggalkan kita dan datang ambik balik kat rumah *ok pagi-pagi hari lagi dah panas but still cool*

and thank you PERMATA for giving a bag,a pendrive,a towel and biskut tawar gula.. meme pergh ah! hahaha.. alhamdulillah,, itu rezeki Allah bagi melalui mereka :)

balik je rumah, tengok2 aishh banyak kereta parking kat kawasan rumah. ok, xsedar yang sedara mara dah balik kampung berhari-hari yang lalu. kita ni je yang baru sampai rumah. and tengahari tuh, terus blah ke pengkalan kubur untuk shopping mopping dengan family and relatives.. terbaik! terus dapat jubah baruu.. yeehhaaa!! heheheheee....

walaupun hanya cuti 5 hari banyak je aktivit and perkara yang terbaik..

REUNION NAIMIANS BUAT KE-SEJUTA KALI

alhamdulillah, memang cuti kali ni pun masih sempat berjimba dengan kekasih-kekasih saya neih..hehe..kali ni gabungan antara ipda-usim-um-poli melaka... cuma selek' sikit jah uniten takdok. kalu tak, mesti meriah kow-kow punye gathering kali neih.. kami berjumpa kat KBMall hari khamis. masyaAllah punyalah ramai manusia berkumpul hari tuh, but sokey, kami xcaro kokre lain..hehehe. alhamdulillah, kami berempat (tambah adik anis sorang lagi jadi 5) dapat mengeratkan lagi ukhwah yang dibina sejak sekolah ni. yelah, sape sangka kami berempat ni akan jadi 'gu' and bestfriends kan. sume ni kuasa Allah.. :)




happy birthday my love. semoga Allah memberkati hidupmu selalu :)


juzailah, nadhirah and anis.. me love them so much!! ;D

BERIADAH!

wink!! pagi jumaat yang indah dan aktif sekali! haha.. dikerah oleh abah supaya bangun pepagi untuk bermain tennis!! yeahhh! semangat punya pasal. satu family bangun (except sorang tuh) and turut serta.. best wo0o0o!! mcm tanah merah tuh kami yang conquer. hahahaa.. yelar, pepagi hari sape laa yang ada kan.. best3!! dah lama tak main tennis, berat semaca ja raket dia tuh.. memang tangan pun lenguh and sakit semacam jaa! adeshh kurang stamina tnin neih...











BABY ALIA

ok aktiviti last (ececey considered as activity jgk), pi rumah kak long. sejak hari isnin lagi duk ajak umi pi jenguk baby alia kat machang, but tade rezeki nak pi. so abah and umi pun ajak pi hari jumaat..petang jumaat! hujannn berderai-derai.. dengan diri yang xberapa nak sihat, pi la jugak ke batu gajah.. dah berjanji punya psal..
otw nak pi tuh, memang rasa jauh sangat2..and rasa mcm perjalanan nk balik ke kedah je.. dlm kete lagi dah rasa xsedap badan but tak bagitahu umi.. mls nak manjakan diri sgt.
alhamdulillah sampai rumah kak long tuh, ok balik body nieh. ngada2 betul..
masuk2 terus terkam kat baby aliaa.. alamaakkk! cumil and besar je budak nih.. geram nak konyok2! hehehee.. cumil weeyyy.. tapi xsempat nak snap picture dia sebab ramai sangat ahli family kak long kat situ. haha malu malu.. kontrol ayu tang tangg gtu! hahaha..
tengokkan kondisi kak long mcm blum sembuh sepenuhnya.. urmm susah jugak ea melahirkan anak neih ?? bunyi umi cerita macam senang jee..yela, lain orang, lain ujian kan...
*searching for alia's pic but tak jumpa. urm tape laa*

hari ni kita lahir, mak n ayah kita gembira..semua sayang n kasih...sedar tak sedar,bila kita besar,, mak n ayah kita pula yg akan "mengecil"..masa tu adakah kita akan layan mereka macammana mereka layan kita masa kita kecil dlu??sekadar renungan bersama:) *azammudin*

alhamdulillah perjalanan pulang ke ipda kembali semalam berjalan dengan lancar. walaupun pada awalnya, ada masalah dengan diri sendiri. seriously ni first time rasa 'sakit' dan xsedap badan nak naik bas.. nasib baik sempat vomit kat rumah. if not, memang kat bas ah jadi mangsa. hehe. alhamdulillah..

sebagai penutup, semoga cuti ini memberi seribu manfaat kepada diri ini. insyaAllah.

wassalam :)


















Wednesday 6 February 2013

bismillahirrahmanirahim..

0124 am ( 7 FEBRUARY 2013 )

malam menjelma kembali. dan mataku masih segar dan cerah mengadap komputer riba ini. hurm nampak gaya memang tak boleh nak tidur awal lah kan. my fault actually. sapa suruh pi tidur petang lama-lama sangat ? memang malam tak boleh nak ambik turn lah kan!
ok, sekadar untuk mengisi masa lapang dengan meng'update' blog ini.
alhamdulillah, sepanjang perjalanan ini *nada music*, pelbagai perkara yang berfaedah berlaku. namun cuma xsempat nak khabarkan di blog ni. busy ? urm tak jugak. cuma tak punya masa sangat nak menaip-naip ni. lagipun, blogging kena tunggu ada mood, baru leh jalan! hehehee..

so, aktiviti yang paling terdekat buat masa sekarang ni ialah KEM MUSLIM MUMTAZ yang akan diadakan di Bendang Man,Sik, Kedah. well, esok hari last kelas, and esok bermulanya cuti raya cina. and me akan balik lewat ke rumah gara-gara tanggungjawab yang dipikul sebagai fasi gtuu.. ahaks! hehehee.. actually kem ini untuk anak-anak yatim.and this will be my first experience become fasi and also join camp camni. hehehee.. yelahh,, kat naim dulu memang blacklist lah kan nama untuk program camni..

walaupun ke'excited'an itu ada, tapi masih ada perasaan ragu dan keliru di hati ini.ecewahh! bungo molek ayat kawe! hik3.. nope! just dengan ketidakmasukan elaun dan kekurangan kelengkapan yang sesuai untuk kem nanti buatkan diri ini merasa ragu. hurm dan risau takut tak dapat jalankan tanggungjawab dengan yang terbaik.
untuk ringkaskannya, and this is my luahan hati :


*ini sekadar petikan luahan hati di facebook!and tengok lah! picture pun xleh nk view gara-gara guna wifi free je! wifi kami dah kena potong sebab elaun belum masuk..yeahhh bahagia yang amat*

harap-harap perjalanan esok ke bendang man akan berjalan dengan lancar. doakan semoga saya menjadi fasi yang terbaik, insyaAllah amin. :)

wassalam