“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Saturday, 30 November 2013

refleksi kehidupan

bismillah..

sehari dua ni sy byk menghabiskan baca sebuah buku. "Cinta High Class".
dah lama beli, rasanya last year lagi tapi baca sekerat jalan. then tinggal buku kat rumah. balik ipda terus hadap novel english, memang lupa terus.

and this holiday, tiba2 terbuka hati nak baca balik. sambung bacaan.
that book ada two parts, first part from husband Ustazah Fatimah Syarha, and second part is her writing.

skip yang first part, terus baca yang second part.
sebab rasanya tahun lepas duk baca yang first part tuh, xboleh nak selami sangat. urm maybe because citer tuh from point of view laki, so susah nak faham.

and bila baca second part, which is a story of a girl, name Qani'ah Syumaila.
mcmana this girl hadapai cabaran 'bercinta' sejak dari zaman sekolah. tanak kasi review pasal the book or apa,

but after reading (tak habis pun lagi), terus terfikir,

kenapa aku tak pernah terfikir mcm dia?
kenapa aku tidak pernah berfikir jauh mcm dia?

sejujurnya, kehidupan watak Qani'ah ini terlalu sempurna. hidup dia terdidik dari kalangan keluarga yang mementingkan agama. i said this bukan bermakna my family tak titik beratkan agama, tapi tidak sekukuh mcm diceritakan dalam buku ini.

abah pernah kata, abah nak hantar semua anak2 abah ke sekolah agama sebab abah tahu abah tak cukup ilmu agama. abah tak nak anak abah ketinggalan mcm abah.

terima kasih abah.

bila reflect balik dengan kehidupan sendiri, ofkos banyak sgt flaws nya. sangat2. rasanya diri ini tidak pernah di tegur dgn begitu tegas tentang ikhtilat bagai tuh. a'ah, and tak perasan pun. sangat! masuk IPDA baru terasa. ada je tazkirah dari sekolah dulu, tapi ntah, rasanya macam tak berapa nak menusuk dihati sgt. mungkin kala itu masih terlampau muda dan naive! wallahuallam.

tulisan Ustazah Fatimah Syarha ni banyak menempelak diri ini. serious! terlampau banyak.
and it makes me think, ohh so ustazah dulu pun tempuh apa yang aku tempuhi sekarang ni.
"CINTA,CINTA,CINTA"
memang tempoh masa sekarang ni duk pikiaq yang itu jah kan. tanpa sedari its nothing actually, until sampai masanya.
and ramai yang stress nak kawin awal <----- kesan bercinta
THIS IS TRUE !

wallahuallam..
rasa menyesal lah pulak tak baca awal2 buku ni. tak habiskan terus.
urm memang susah nak baca buku ilmiah ni. kalo english novel tuh, duk hadap 24 jam pun tape. tak faham siap search dlm dictionary lagi you ! haa semangat gitu. kalau tiba bab ilmiah, tak mau cari. malas ! aishhh fatnin izni....




rasanya mcm aku spend my days sgt2 teruk. so that means my life pun teruk jugak laa.. hurmmm.........


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُم

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu." (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)

hati ini sentiasa lalai. setiap masa, setiap ketika. dan sekarang pun masih lalai. rasa takut la jugak if mata ni tak terbuka dan time tuh hati sedang merindui seseorang yang tidak sepatutnya. 

DOA SENJATA MUKMIN!
buat masa sekarang, inilah yang membantu.
semoga awak dapat memahami apa yang saya rasakan sekarang ni. maaf.

wallahuallam.
wassalam.






Thursday, 28 November 2013

Kisah Ahmad Ammar (1993-2013)

bismillahirrahmanirrahim..

beberapa minggu lepas heboh pasal pemergian seorang anak Malaysia di Turki.
secara jujurnya, kisah beliau byk menyentuh hati orang ramai.

dan secara lebih jujurnya,
kisah beliau telah menyentuh hati ini.
seriously after knew his story, rasa mcm terjelepok jatuh dan berfikir,

"apa yang aku dah buat selama aku hidup ni?"

berhari-hari duk terfikir tentang masalah dunia, masalah ummah which is psal diri sendiri.
rasa mcam takde gune je stkt ni. hidup sekadar hidup.

"alar, aku dgn Ammar berbeza. dia laki, aku pempuan." 

memang obviously alasan yang taleh nak pakai.

"alar, family dia kaya. dia budak bijak. boleh merantau jauh2."

urm suddenly bila fikir balik, huuuu ruginya tak study elok2 time spm dulu.. jeles kut tengok kawan2 boleh pergi merantau ke negara orang. pi kenal tempat orang.
but dah memang cita-cita nak jadi cikgu, memang kompom duk dalam Malaysia ni.

nak menyalahkan suasana, memang tak boleh. sebab mencari ilmu tuh memang atas usaha sendiri. alasan je sume tuh ! kompom !

semalam nak tido, tibe2 terfikir,

"cane kalau mata ni tak terbuka buat selama-lamanya?"

seriously bila terfikir mcm tuh rasa takut yang amat nk tido ! rasa mcm tak nak tido !
semua kesilapan terbayang di mata. satu persatu.
mungkin,
masanya akan tiba,
cepat atau lambat,
kita takkan pernah tahu.

esok? minggu depan? tahun depan?

hurmmmmmmmmmmmmm......... diri ini masih tidak bersedia....
wallahuaallam....












Wednesday, 6 November 2013

exam

bismillah.

luahan perasaan sikit.
hari nie exam edu. well mcm biasa,
study punya study, mcm biasa, masuk tak masuk je apa yang study dlm exam.

biasa la.
tak pelik.
tawakkal.

tape.

time exam ni la, duk terfikir,
awat la time kecik tak blaja guna pencil dua2 tangan.
aishh lenguh plus kejang urat tangan aih menulis.
duk pulun tangan knan, tangan kiri sengih2 je.
manalah tahu tgn kanan blh jwb essay, tgn kiri jawab struktur. (berangan)
time ni ler rasa nak jadik cm prof  Viru Sahastrabudhhe (3 idiots)




nati ada anak seksok, nak ajor menulis dua2 belah tangan.
kalo blh, ngan kaki2 skali nk ajar menulis haa...

k wassalam.

Sunday, 28 July 2013

MY STORY #PART15 ISTIMEWANYA RAMADHAN SAYA II :D

Bismillahirrahmanirrahim…

Part II untuk istimewanya ramadhan saya di IPDA!

Well, istimewa tuh tade la sangat. Biasa-biasa je, cuma exaggerate je lebih.. >.<

Berterawih di bumi IPDA ni senang je, memandangkan Masjid Annur tuh dalam kampus.
Walaupun perjalanannya kesana agak kegelapan lah sikit, tapi ramai je muslimat yang jalan-jalan kaki, so itu cumalah perkara biasa. Hehee

Berminggu-minggu menjalani ibadah puasa, semalam first time la berpeluang berterawih ke Masjid Annur bersama roommate. (sebarang kemusykilan hendaklah disimpan didalam hati)

Wooo sakan kut!hahaha.. apa yang istimewanya?

Istimewanya cuma, bersiap-siap dan berjalan-jalan untuk ke masjid.

Hahaha..


jalan-jalan dengan harapan langkah berpahala :)

haha bajet mcm dokumentasi 

preparation nak pi solat - sediakan ayaq secukupnya :D

heee dapat moreh seciput pun dah oke ! ^.^

Kami ada je curik-curik snap picture dlm masjid tapi tade laa posing2 sakan.

Niat utama nak pi semayang kan ! hehehe.. tapi galok semacam plak bila pi ngn mak cik roommate ni ! hehehe..

Tuh je..wassalam J













Friday, 26 July 2013

MY STORY #PART14 ISTIMEWANYA RAMADHAN SAYA :D


Bismillahirrahmannirrahim…

Puuuiihhh dah lama tak update blog! Kekangan masa dan juga kekangan internet suka jalan macam siput sedut!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-18 kita berpuasa. Alhamdulillah. Cepat sangat rasanya masa berlalu..

Berpuasa kat ipda as perantauan ni memang tiada yang special sangatlah. Cuma memandangkan bulan Ramadhan ni sendiri yang special, byk jugaklah majlis-majlis ilmu dan nk cuba baiki diri tuh,ada laa rasanya sedikit effort yang dibuat..hehehe
---------------------------------------------------------------------------

Tiap-tiap pagi, pukul 4.50 pagi, umi akan call kejutkan bersahur!

Tak pernah missed! (pernah sekali je sebab kredit telefon umi habis hee) Memang umi akan call!

Bila fikir balik pasal bersahur ni, my family memang melebihkan bersahur daripada waku berbuka!

Pada waktu bersahur ni laa, umi dan abah lebih talkative, lebih energetic gitu!
A’ah yela, nak kasi mata anak-anak terbuka luas, parents kena lah yang mulakan.

Family kami selalunya akan makan dengan banyaknya ketika bersahur!
Dulu selalu je akan bertanding siapa yang tambah nasi dulu, siapa yang makan paling banyak. Dan selalunya abahlah yang akan start.

Lepas makan nasik, mesti akan makan roti pulak, cicah dengan air. Selalunya umi dan abah minum nescafe, anak-anak minum tea o.

Pernah sekali tuh (dah lupa bila,tapi masa me masih sekolah rendah), abah belikan a box of ferrero rocher chocolate, dan abah hanya akan bagi sorang satu makan ketika waktu bersahur.

Urm dulu pernah terfikir, kenapalah abah sembunyi2kan coklat tuh?
Bila dah besar ni, tersenyum sorang jee bila teringatkan kembali. J

Ok. Rasanya dah cukup dengan ‘homesick’ gara-gara bersahur.
Terima kasih banyak2 umi kerana sanggup menghabiskan kredit banyak-banyak untuk kejutkan kami semua. Ramai kut! Abang long (sungai petani), abang ngah (Gombak), me (jitra ), kak nik (johor) dan abang teh (pekan Pahang).
*tudiaaaaaa list memanjang*

Heee selamat bersahur dan berpuasa..
Wassalam.











Tuesday, 9 July 2013

Anda sudah tua !

bismillahirrahmanirahim..

ini post yang lambat bergerak, kalah si kura-kura ! lambat update memandangkan busy memanjang dan kemalasan dan kekurang idea untuk mengarang !

1 JULY 2013..

tarikh yang memenatkan. hahaha. *gurau*
tarikh birthday kawan tersayang..
penat sikit nak plan surprise kat mak cik tuh.. agak laa...
but alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. *walaupun xsama seperti yang dirancang*

tadaaaaaaaaa... hehehehe


terima kasih Rizaida Home Bakery buat choc moist cake yang sangat cumil dan sedap !! alhamdulillah, saya berpuas hati ! hehehe..
buat cik dina, terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari saya !
mohon jangan duk mintak benda lain. haha..

happy birthday my dear friend


memandangkan cik dina ni orangnya agak brutal, haha terpaksa laa mention sikit salm brutal tuh..
tapi masih mengikut citarasa org yang menempah cupcakes ni,
suka yang cumil2 dan colourful ! hehehe..




selamat hari lahir Dina Syafiqa Annur Azhar..
semoga Allah merahmatimu selalu..

3 JULY 2013

Pertama kali menyambut birthday mong girl ni ! well, dah pindah ke p2 memang kena sambutlah kan.
sahabat sejati kan!
hehehee

tapi minta maaf sangat2 sbb tadelah buat surprise sgt, tapi kami tetap berlakon oke ! hehehe..
hadiah dah bagi awal-awal lagi ! hahahaa
siap tambah dengan aksesori lain lagi. :D
happy birthday alexa !

happy birthday Alexandra..
semoga berkurang 'mong' anda itu !
hehehe





p/s : terima kasih kepada Nur Hannan atas lakonan dan skrip yang telah bersama kita jayakan ! hehehee.. tanpa dirimu, kompom tak terjalan semua planning ni. hehehe.. makasih.. *maaf,tade koleksi gmbr kita bersama ;( *



saya gembira bila orang yang saya sayang gembira. :)

wassalam

Tuesday, 18 June 2013

MY STORY #PART13 BEST FRIENDS FOREVER :)

bismillahirrahmanirrahim...

saya ada seorang sahabat. oh actually saya ada ramai sahabat.
tapi ni nak cerita tentang seorang sahabat. dia biasa-biasa je. sama dgn yang lain..

CUMA...

dialah yang berada di sisi saya sepanjang dua tahun setengah ni,
dialah yang sentiasa menceriakan hari saya,
dialah yang sentiasa mencubit lengan ni,
dialah yang sentiasa berjalan bersama saya,
dialah yang makan bersama saya,
dialah yang selalu ajak saya study (?),
dialah yang selalu beraksi manja depan saya,
dialah yang selalu snap picture saya,
dialah yang sentiasa memberi semangat,
dialah yang menjaga saya,
dialah yang segala-galanya.

hurmmmm...
saya rasa sepanjang 5 tahun ni, akan terikat dengan dia.
setiap saat. setiap masa. setiap hari.
if kami tidak bersama, confirm mesti akan ada orang yang tanya,

"mana tnin ? mana dina?"

kami tiada persamaan !
saya dan dia ada banyak perbezaan !
YES !

dia seorang yang brutal, saya seorang yang ayu.
dia suka biru, saya suka pink.
dia suka cerita seram, saya suka cerita fantasi.
dia suka keadaan gelap, saya suka keadaan cerah.
dia cantik, saya comel. (ok hahahahaa)

TAPI,
sepanjang 2 tahun setengah persahabatan kami ini,
sedikit sebanyak ada persamaan yang terjalin antara kami..

RUNNINGMAN, MEGGI, BUTTERSCOTCH BREAD !

banyak yang telah saya belajar dari si dia. ! 
dia mengajar saya erti kebrutalan ! erti kesungguhan ! erti persahabatan !
saya belajar, tidak semestinya kita memerlukan seseorang yang sama interest untuk bersama, untuk bersahabat. tetapi persahabatan sejati yang akan mencari persamaan antara kami ! :D

dialah sahabat saya 

DINA SYAFIQA ANNUR AZHAR 



setiap kali dengar lagu ni, seriously teringat kat dia. hehehe.. :D



semoga persahabatan yang telah kita jalinkan ini akan dirahmati Allah. 
ampun maaf sekiranya terdapat salah dan khilaf sepanjang perjalanan hidup ini..
thank you Allah for sending me this great friend :)
ALHAMDULILLAH !

p/s : tajuk xleh blah. saya normal.







Monday, 17 June 2013

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina



sekadar gambar hiasan

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

sumber

Sunday, 16 June 2013

MY STORY #PART12 FATNIN vs NECSAFE !

bismillahirrahmanirrahim...

saya ada satu masalah. masalah yang memang masalah la.
masalah saya berkaitan dengan NESCAFE ! a'ah nescafe 3 in 1 tuh !
saya suka minum nescafe ni.
kiranya memang stok wajib ah ada dalam loker !
memang akan ada!



lazat tak terkira..nyum3!


TAPI

masalahnya,
setiap kali minum nescafe ni, mata saya akan terbuka dengan luas seluasnya.
tak pernah ada tanda nak tutup !
apa ntah yang dijampi dalam nescafe ni. sampai memang kalau tergolek kt situ, tergolek kat sini, xtido2 jugak!
so, selalunya minum time musim exam. tapi curi2 jugak minum time tak exam pun.

and now,
saya ada stok nescafe, yang white coffee punye.



yang ni lagi best, sebab lebih halus gitu buih dia.
lebih pekat dan lebih kawwww laa !

actually, malam ni niat nak layan white coffee ni sambil cicah butterscotch gardenia bread.




best ! gandingan yang mantap ah dua ! memang lazat tak terkata ah !!
TAPI,
keno 'ngepek' ko roommate.

"kalu mg tok leh tido male ni, bo ngadu kapku pagi esok"
"tok soh duk minum la, nati xleh tidur"
"pah mula la bekok mato2 pagi esok"

ok. thank you roommate !
so masih tak tersentuh lagi laa white coffee saya tuh.
tapi dah beberapa keping roti habis. sedap makan begitu sahaja !

ok tuh je...

 mood : ngide nak cicoh roti nga nescafe ;(

wassalam..























Saturday, 15 June 2013

MY STORY #PART11 semester baru ????!!!!!!

bismillahirrahmanirrahim..

hello ipda. 
selamat bertemu kembali.
3 minggu berjauhan, akhirnya bertapak jugak kat sini.
esok start kuliah untuk semester baru.
well, result xkeluar pun lagi dah start sem baru.
risau ! (gulp!)
semester baru, tapi semangatnya tidak baru.
ntah kenapa ! 
lack of motivation kutttttttttttttttttttttttt.. *bajet*

ntah. 
memang takder semangat.
risau lah jugak !
urm. semoga esok kembali bersemangat.










Friday, 7 June 2013

mempersendakan agama ?

jangan mainkan agama ..
macam mana ?
camni haaa...

#SITUASI PERTAMA!

A : eh makanlah..banyak makanan ni.
B : ohh xmau laa.. puasa kan.. hehehee

*haa jangan memandai2 kata puasa padahalnya tidak! kalau tak mau makan bagitahu jela xmau!

A : eh makanlah..banyak makanan ni.
B : ohh xmau laa.. i tengah diet ni.. hehehe

*haa lagi elok kata diet ! dah memang tak mau makan kan..

#SITUASI KEDUA

A : jom pergi surau, ada ceramah agama.
B : oh pergila dulu. nanti aku pergi.

*haa kalau dah memang tak mau pergi, cakap terus terang xmau! ni mcm ayat paksa rela je!

A : jom pergi surau, ada ceramah agama.
B : urm tapela. kau jela pergi. nanti share la apa yang dapat.

*much better dari bagi alasan kan.

p/s : banyak lagi yang kita dah terbiasa buat tapi xsedar kan.. urmmmm.. susah rupanya nak sedar ni..


gambar takde motif ! 


wassalam.









MY STORY #PART10 PURDAH ?

bismillahirrahmanirrahim..

nak share satu story. citer biase2 je tapi, memberi kesan kepada diri ini. pendek je !

rabu lepas, pagi-pagi lagi pergi tumah tok ayah kat tumpat. ada buat makan2 sikit, tok ayah nak pergi mekah. petang baru bertolak balik rumah. singgah tesco dulu, beli tiket bas! then, berhenti solat maghrib kat masjid lemal.
ok. solat lah kan !
lepas sudah solat tuh, nk pakai2 tudung balik. at first, dalam hati niat nak pakai tudung biasa2 je, nak "seba" tudung gitu je ! malas nak buat butterfly tuh. dah nak balik kan ! memang dah niat dah !

tiba-tiba, ada sorang hamba Allah ni datang kat tepi, nak bersiap-siap jugak la kan. memang dah perasan dia pakai tudung labuh. then, nampak hamba Allah ni sarung something kat muka dia. MasyaAllah ! pakai purdah !
jujurnya, first time tengok cara orang pakai purdah ! ala-ala inner muka gitu !
dah nampak dia pakai cmtu, xjadi terus nawaitu awal2 tadi.
terus kacing tudung kat depan je !! *lagi berjurus la*
malu wooo. !
ok tuh je !



wassalam !












Saturday, 1 June 2013

testimoni RD BEAUTY !!

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim... 

hari ni nak update testimoni pasal produk RD beauty sikit.. after berbulan-bulan guna produk ni, alhamdulillah, boleh laa nak bagi komen sikit-sikit.. 

awal-awal penggunaan dulu, alhamdulillah, kulit muka bertambah baik. tak kering. rasa halus laa sikit dari biasa. 
cuma, at the beginning tuh, rasa pedih bila pakai sabun kecantikan tuh. pedih especially bahagian kulit nipis mcm bahagian mata dan sekitar bibir. terus tanya owner dia kenapa rasa pedih2 camtu.. then she said sbb sabun tuh ada campuran dengan oren. so lepas pakai kena taruk toner terus, barulah tak pedih. and actually, memang saya xguna toner pun. hehehe.. my bad!

so alhamdulillah selepas tuh ok je! ni gmbar2 yang tak diedit sbg bukti. ececey!! hahaha
tapi ada je timing yang naik jerawat sikit2 tuh. well memang lady xboleh nak lari setiap bulan kan.. yang tuh kena terimalah !












 nak kata kulit jadi putih melepak tuh, tade lahh. cuma produk ni ok laa nak kasi lembabkan kulit..
unfortunately, baru-baru ni krim muka habis! dan hanya guna sabun dan krim malam utk berminggu-minggu ( a month maybe)..
so memang kering habis muka ni. imagine jela sbb sabun tuh cam buat muka jadi kering. then xpakai krim which functions as pelembab muka ! so agak teruk jugak laa kulit muka time tuh..
tambahan pula, kena pergi camping kat tepi pantai, memang kulit jadi kering sangat dan rasa give up dgn rd beauty ni. hahahahaaaa

cuba tukar pakai balik safi balqis for a week, tapi makin teruk. after that, dapatkan balik rd beauty ni, alhamdulillah ok balik... so pengajarannya, kena pakai cukup set laa.. if not, memang kering kut muka ! hahahahaa...

so kesimpulannya, i love RD BEAUTY ! hehehehe














PISMP TESL SEMESTER 1 : BIG AND SBE

bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah dah selesai satu sem ! so i have 7 semesters more to go!
kenangan sem ni ?? banyak ! tapi just nak update pasal BIG and SBE !
well, every semester akan ada dua program ni, so manalah tahu boleh nak compare2 kenangan. kan?? *bajet*

Bina Insan Guru (BIG)

ok, yang program ni alhamdulillah, ok laa.. best la jugak! yang part jungle trekking yang paling best sebenarnya! mencabar sangat2!!! seriously puas hati dengan trek yang mencabar camtu! the rest, ok laaaa... dengan aktiviti berakit, main terjun2 kat laut, ok la! hahahaha...






School Based Experience (SBE)

well, program ni yang best. for the first time, kena pergi sekolah as a GURU PELATIH kat sekolah kebangsaan sri melor !! wuuuuuu baru punye feeling nak jadi cikgu ! seriously !! you know that feeling when all the pupils bagi salam, "assalamualaikum cikgu" setiap kali bertembung ! hahaha and then dibenarkan guna tangga yang ada tanda "murid-murid tidak dibenarkan mengguna tangga ini" dan juga guna "tandas guru". hahahaa.. walaupun hanya untuk seminggu but alhamdulillah seriously sangat2 berharga dan bermakna ! hehehee...
plus dapat geng baru, mek anis and encik farhan ! hahahaa..
(of course la terpaksa bermalam kat rumah rumet selama seminggu. stress betul hadap muka dia 24 hours :P)













p/s : rasanya memang banyak lagi kekurangan nak jadi cikgu ! err muka tuh dah satu hal -.-'

wassalam








Monday, 29 April 2013

MY STORY #PART9 DERMA ? DARAH ?

bismillahirrahmanirrahim...

DERMA DARAH ???

yeaaayyy akhirnya !! setelah sekian lama ku menanti saat ini, akhirnya, berjaya juga disuntik oleh jarum yang besaq gedabak tuh !! yeaaahhh !!!

well, sejak zaman plkn lagi memang diri ni xlepas 'kriteria' yang ditetapkan sampai laa sem lepas, alhamdulillah sem ni Allah bagi peluang..

nervous ? yaaa! of course laa wehh ! and memang tade niat pun nak derma darah !

but my roomate said,
"tnin, jangan tolak peluang yang Allah nak bagi ni. buke sokmo mg dapat peluang ni."
alhamdulillah, terpedaya jugak dengan kata si dia !
everything was fine sampailahh nurse tuh cucuk jarum uh kat lengan. a'ah memang terasa seram sejuk dan berdebar.. nurse tuh siap tanya lagi,

"eh ni cukup berat ke tak??"
and me.

"cukup2,dah timbang tadi."
haaa nampaklah kan yang diri ini halus bilus sangat sampai nurse pun tak percaya..
dah cucuk ok2 tuh, tetibe nurse ramai2 mai berkerumun kat my place. my blood jalan slow sangat. ditambahkan lagi pressure kat tangan ni sampai naik kebas dibuatnye. memang bertambah sejuk kat tgn bukan sebab neves but darah xmengalir kut..seriously!aishhh..

nurse tuh duk tekan2 jarum dalam tangan ni nak kasi darah jalan laju sikit.. urat xkembang katanya.. aishhh a'ah cane nak kembang kalau urat tuh duk sembunyi.. siyesly time ni memang rasa kebas dan sakit sebab kena tekan2 T.T

dasar penakut! 


roomate mai kat depan duk tengok2, haa apalagi.. bersemburr ayaq mata baq hang ! hahahahaaaaa.. siyesly buruk gila muka duk nangis dalam dewan sebab derma darah~! hahahahaaa... seriously.. kah3!!!


muka buruk nangis ! hahahaha


lepas tiga kali nurse duk ejas2 kasi darah kuar, lastly, doktor suruh berhenti sebab takut darah beku something. time tuh bukan nangis sebab takut, tapi ntah laa.. feeling ni bercampur baur dah ! ditengok muka rumet plak, haa memang bertambahlah kann ayaq mata tuh! hahahaa...



so camtu laaa.. terus boleh balik! siyesly jeles tengok org lain duk xsampai 5 minit dah penuh blood pack diorang. and mine, punyelah lama duk situ,,hahahahaa xder gune betei.. tapi tape laa..alhamdulillah dapat derma walaupun xpenuh ! hahahahaa..

p/s : tanam azam nak angkat berat,masuk gim kasi urat kembang, then nak derma lagi. hahaha *bajet*















Wednesday, 17 April 2013

HEART !

wanita.

ada dua hati.

hati luar. hati dalam.

bila hati luar luka, kalau luah-luah kat orang,marah-marah, terus sembuh.

bila hati dalam luka, nak luah pun tak boleh.

senyap je sebab kalau luah pun, akan terus luka.

ibarat, diluah mati mak ditelan mati bapak!

makan hati sokmo laa kalau dea hati dalam sakit gak.

bye !




Monday, 15 April 2013

Soalan Lazim KSSR



1.Mengapakah KSSR diperkenalkan? 
Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
2.Apakah maksud Kurikulum Standard?
Jawapan :

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
3.Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? 
Jawapan :
KSSR
KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan 
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
4.Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan :

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
5.Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? 
Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
6.Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
7.Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? 
Jawapan : Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
8.Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
9.Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? 
Jawapan : Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
10.Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
11.Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? 
Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
12.Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
13.Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan  secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
14.Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
Jawapan : Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.
15Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17.Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18.Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.  Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
19.Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
20Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
21Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan : Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Sunday, 14 April 2013

Tahukah Anda ada 5 sebab Vitamin Anda Lambat Bertindak?


1. Tak suka minum Air Putih

Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi lebih suka yang bewarna dan berperisa.

TAHUKAH ANDA?

Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

SARANAN:
Saya sarankan amalkanlah banyak minum air putih apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Saya tahu anda suka makan vitamin tapi pandai-pandailah aturkan@boleh tanya Perunding Kesihatan Vitamin Anda ..saya bagi contoh macam makan ubatlah..anda patuh jer saranan doktor kan contonya 1 biji 3 kali sehari (anda patuh dgn arahannya kan)

TAHUKAH ANDA?

Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

SARANAN

Lepas nie cubalah agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin .

TAHUKAH ANDA ?

Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

SARANAN

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Haaaa ini yang tak best dengar nie kan..mana boleh tak minum Kopi rasa tak bertenaga untuk mula hari2 yang mencabar..

TAHUKAH ANDA ?

Sebenarnya pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

SARANAN:

Cubalah untuk kurangkan pengambilan kafien..contohnya kalau dulu minum 3 cawan sehari..kurangkan 1 cawan sehari..kemudian perlahan2 anda akan terus melupakan minuman kesanyangan anda itu..

5. Makan Vitamin Tanpa Ilmu Yang Betul

Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.

TAHUKAH ANDA ?

Kisahnya begini..
a) Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu, Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

SARANAN:

Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli mesti mengambil kira Perkara Pertama iaitu
-Vitamin Anda HALAL
-Vitamin Anda KKM
-Vitamin Anda SELAMAT
-Vitamin Anda SEMIULAJADI
-Vitamin Anda BERKESAN

taken : beutskin essence