“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Friday 26 July 2013

MY STORY #PART14 ISTIMEWANYA RAMADHAN SAYA :D


Bismillahirrahmannirrahim…

Puuuiihhh dah lama tak update blog! Kekangan masa dan juga kekangan internet suka jalan macam siput sedut!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-18 kita berpuasa. Alhamdulillah. Cepat sangat rasanya masa berlalu..

Berpuasa kat ipda as perantauan ni memang tiada yang special sangatlah. Cuma memandangkan bulan Ramadhan ni sendiri yang special, byk jugaklah majlis-majlis ilmu dan nk cuba baiki diri tuh,ada laa rasanya sedikit effort yang dibuat..hehehe
---------------------------------------------------------------------------

Tiap-tiap pagi, pukul 4.50 pagi, umi akan call kejutkan bersahur!

Tak pernah missed! (pernah sekali je sebab kredit telefon umi habis hee) Memang umi akan call!

Bila fikir balik pasal bersahur ni, my family memang melebihkan bersahur daripada waku berbuka!

Pada waktu bersahur ni laa, umi dan abah lebih talkative, lebih energetic gitu!
A’ah yela, nak kasi mata anak-anak terbuka luas, parents kena lah yang mulakan.

Family kami selalunya akan makan dengan banyaknya ketika bersahur!
Dulu selalu je akan bertanding siapa yang tambah nasi dulu, siapa yang makan paling banyak. Dan selalunya abahlah yang akan start.

Lepas makan nasik, mesti akan makan roti pulak, cicah dengan air. Selalunya umi dan abah minum nescafe, anak-anak minum tea o.

Pernah sekali tuh (dah lupa bila,tapi masa me masih sekolah rendah), abah belikan a box of ferrero rocher chocolate, dan abah hanya akan bagi sorang satu makan ketika waktu bersahur.

Urm dulu pernah terfikir, kenapalah abah sembunyi2kan coklat tuh?
Bila dah besar ni, tersenyum sorang jee bila teringatkan kembali. J

Ok. Rasanya dah cukup dengan ‘homesick’ gara-gara bersahur.
Terima kasih banyak2 umi kerana sanggup menghabiskan kredit banyak-banyak untuk kejutkan kami semua. Ramai kut! Abang long (sungai petani), abang ngah (Gombak), me (jitra ), kak nik (johor) dan abang teh (pekan Pahang).
*tudiaaaaaa list memanjang*

Heee selamat bersahur dan berpuasa..
Wassalam.











No comments:

Post a Comment