“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Monday 29 April 2013

MY STORY #PART9 DERMA ? DARAH ?

bismillahirrahmanirrahim...

DERMA DARAH ???

yeaaayyy akhirnya !! setelah sekian lama ku menanti saat ini, akhirnya, berjaya juga disuntik oleh jarum yang besaq gedabak tuh !! yeaaahhh !!!

well, sejak zaman plkn lagi memang diri ni xlepas 'kriteria' yang ditetapkan sampai laa sem lepas, alhamdulillah sem ni Allah bagi peluang..

nervous ? yaaa! of course laa wehh ! and memang tade niat pun nak derma darah !

but my roomate said,
"tnin, jangan tolak peluang yang Allah nak bagi ni. buke sokmo mg dapat peluang ni."
alhamdulillah, terpedaya jugak dengan kata si dia !
everything was fine sampailahh nurse tuh cucuk jarum uh kat lengan. a'ah memang terasa seram sejuk dan berdebar.. nurse tuh siap tanya lagi,

"eh ni cukup berat ke tak??"
and me.

"cukup2,dah timbang tadi."
haaa nampaklah kan yang diri ini halus bilus sangat sampai nurse pun tak percaya..
dah cucuk ok2 tuh, tetibe nurse ramai2 mai berkerumun kat my place. my blood jalan slow sangat. ditambahkan lagi pressure kat tangan ni sampai naik kebas dibuatnye. memang bertambah sejuk kat tgn bukan sebab neves but darah xmengalir kut..seriously!aishhh..

nurse tuh duk tekan2 jarum dalam tangan ni nak kasi darah jalan laju sikit.. urat xkembang katanya.. aishhh a'ah cane nak kembang kalau urat tuh duk sembunyi.. siyesly time ni memang rasa kebas dan sakit sebab kena tekan2 T.T

dasar penakut! 


roomate mai kat depan duk tengok2, haa apalagi.. bersemburr ayaq mata baq hang ! hahahahaaaaa.. siyesly buruk gila muka duk nangis dalam dewan sebab derma darah~! hahahahaaa... seriously.. kah3!!!


muka buruk nangis ! hahahaha


lepas tiga kali nurse duk ejas2 kasi darah kuar, lastly, doktor suruh berhenti sebab takut darah beku something. time tuh bukan nangis sebab takut, tapi ntah laa.. feeling ni bercampur baur dah ! ditengok muka rumet plak, haa memang bertambahlah kann ayaq mata tuh! hahahaa...



so camtu laaa.. terus boleh balik! siyesly jeles tengok org lain duk xsampai 5 minit dah penuh blood pack diorang. and mine, punyelah lama duk situ,,hahahahaa xder gune betei.. tapi tape laa..alhamdulillah dapat derma walaupun xpenuh ! hahahahaa..

p/s : tanam azam nak angkat berat,masuk gim kasi urat kembang, then nak derma lagi. hahaha *bajet*















Wednesday 17 April 2013

HEART !

wanita.

ada dua hati.

hati luar. hati dalam.

bila hati luar luka, kalau luah-luah kat orang,marah-marah, terus sembuh.

bila hati dalam luka, nak luah pun tak boleh.

senyap je sebab kalau luah pun, akan terus luka.

ibarat, diluah mati mak ditelan mati bapak!

makan hati sokmo laa kalau dea hati dalam sakit gak.

bye !




Monday 15 April 2013

Soalan Lazim KSSR



1.Mengapakah KSSR diperkenalkan? 
Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
2.Apakah maksud Kurikulum Standard?
Jawapan :

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
3.Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? 
Jawapan :
KSSR
KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan 
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
4.Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan :

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
5.Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? 
Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
6.Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
7.Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? 
Jawapan : Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
8.Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
9.Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? 
Jawapan : Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
10.Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
11.Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? 
Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
12.Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
13.Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan  secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
14.Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
Jawapan : Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.
15Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17.Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18.Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.  Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
19.Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
20Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
21Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan : Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Sunday 14 April 2013

Tahukah Anda ada 5 sebab Vitamin Anda Lambat Bertindak?


1. Tak suka minum Air Putih

Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi lebih suka yang bewarna dan berperisa.

TAHUKAH ANDA?

Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

SARANAN:
Saya sarankan amalkanlah banyak minum air putih apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Saya tahu anda suka makan vitamin tapi pandai-pandailah aturkan@boleh tanya Perunding Kesihatan Vitamin Anda ..saya bagi contoh macam makan ubatlah..anda patuh jer saranan doktor kan contonya 1 biji 3 kali sehari (anda patuh dgn arahannya kan)

TAHUKAH ANDA?

Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

SARANAN

Lepas nie cubalah agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin .

TAHUKAH ANDA ?

Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

SARANAN

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Haaaa ini yang tak best dengar nie kan..mana boleh tak minum Kopi rasa tak bertenaga untuk mula hari2 yang mencabar..

TAHUKAH ANDA ?

Sebenarnya pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

SARANAN:

Cubalah untuk kurangkan pengambilan kafien..contohnya kalau dulu minum 3 cawan sehari..kurangkan 1 cawan sehari..kemudian perlahan2 anda akan terus melupakan minuman kesanyangan anda itu..

5. Makan Vitamin Tanpa Ilmu Yang Betul

Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.

TAHUKAH ANDA ?

Kisahnya begini..
a) Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu, Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

SARANAN:

Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli mesti mengambil kira Perkara Pertama iaitu
-Vitamin Anda HALAL
-Vitamin Anda KKM
-Vitamin Anda SELAMAT
-Vitamin Anda SEMIULAJADI
-Vitamin Anda BERKESAN

taken : beutskin essence

Sunday 7 April 2013

KU RELAKAN PERPISAHAN..

hahaha terjumpa note dalam fb sendiri..
baca-baca balik 'puisi' ni, aiiihhhh best jugak ! hahaha
thanks kepada penulis yang berbakat besar ini. :D



KU RELAKAN PERPISAHAN..

bkannya berpisah itu satu derita,

bkannya bersama itu satu bahagia,

lihatlah kenangan dulu bersama,

di saat bibir tersenyum manis,

atau mata di basahi luka,

hanya ku merelakan perpisahan selamanya...

andaikan hatimu snantiasa selesa,

dari duka yang menyerpih ke kalbu sakitnya,

sungguhnya berat perpisahan ini ku meratapinya..

hanya bisa merelakannya sudah buatku bahagia..

itu lah tulusnya cinta hingga ke alam maya..

dan hanya di hatiku dikau singgahsana~!<3



k bai ! :P