“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Monday 21 January 2013

FRIEND WITH BENEFITS.





Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, hari terbuka hati nurani untuk mencoret tentang kehidupan berkawan.. saya terdengar sepatah ayat yang berbunyi “ Friend with Benefits”. Generally, we can understand that the quote means berkawan untuk mendapatkan kelebihan atau dengan bahasa yang lebih mudah “Guna Kawan”. Ramai yang kata, “alaaahh, dia tuh cari aku time ada masalah je! Time senang tak ingat pulak.” Tak kurang ada yang berkata, “ jangan kawan dengan dia, dia tuh xpandai jaga kawan.” Tapi ianya berbeza dari pandangan saya.
 This is my personal view, well, lain orang lain pandangan. Lain ujian yang Allah berikan so lain pengalaman yang dialami. Mungkin pendapat kita berlainan tetapi saya cuba terangkan dalam perspektif di mata saya, insyaAllah.




“ carilah kawan yang seramai mungkin, kita pasti akan memerlukan bantuan mereka di masa hadapan.” (by abah (setelah ditransletkan ke bahasa baku)

Kehidupan kita berkawan bermula sejak zaman sekolah rendah dan kemudiannya ke zaman sekolah menengah. Tu xmasuk lagi dengan kawan di zaman tusyen di luar sekolah or mengaji al-quran kat rumah jiran ke apa. Apa yang pasti, kita berkawan apabila kita terdedah kepada masyarakat di sekeliling kita. Masa terus berubah dan kita akan berhijrah.
Sampai satu tahap dan masa, kita akan tinggalkan kawan kita jauh-jauh. Mungkin dia di selatan, kita di utara. Dia di barat dan kita di timur. Who knows? Hanya Allah yang menentukan masa depan kita. Semestinya perubahan arus masa ini akan menjarakkan hubungan kita dengan kawan. In my opinion, apabila seseorang kawan or kenalan jauh dan dah xrapat macam dulu-dulu, datang dan mintak pertolongan, so apa masalahnya. Kenapa kita perlukan pertikaikan pertolongan yang diminta oleh kawan kita sendiri ? yelaa.. manalah tahu kan tiba-tiba after 2/3 years tak kontek, and tetiba berhubung kembali because she/he wants some help from us. kenapa perlu kita ungkitkan tentang ‘Friend with Benefits’ sedangkan berkawan bukanlah bermaksud, hang nak mintak tolong dengan aku, kena makan,jalan,tidur,sembang ngan aku dulu. Baru boleh aku tolong.  Alarrhh, time ada masalah baru datang cari aku, kalau tak, batang hidung pun tak Nampak! Wow! Kesianlah kat kawan kita tuh nanti. Seharusnya kita bersyukur kerana mereka meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi untuk berkongsi masalah dengan kita. Ukhwah antara sahabat itu masih mendalam, if not, takkanlah tetiba orang nak mintak tolong dengan kita kan.

Selain itu, percayalah bahawa apabila seorang kawan kita tetiba mintak tolong or ‘gunakan’ kita untuk sesuatu, berkemungkinan ianya satu petanda yang dia rindukan kita. (oohh tidakk!! Ada orang rindulah!haha).heheh seriously, me pun kadang-kadang tak sempat nak bertanya khabar kawan-kawan lama yang dah berjauhan. Yelah, semuanya busy kan. Dan kita pun tak tahu yang mereka tuh busy or sangat-sangat busy. Tambahan pula kawan-kawan yang sambung study in medical, engineering and many more yang memerlukan usaha yang gigih dan kuat! Tak macam bakal guru ni, ringan sikit..xbusy memanjang, Cuma kalau dah musim assignments memang jangan ganggu lah kan! *ok.dah out of topic*
Sometimes sengaja nak create masalah or memang bermasalah and rasa nak kongsi dengan kawan. Dlm erti kata yang lain, nak cari bahan untuk berhubung. Yela, memang dah cukup dengan hantar mesej bertanyakan khabar. But for me laa, lagi best kalau mesej dengan ada isi and topic! Hehee..aiishh Nampak macam nak tarik perhatian la pulak! Well YES! Memang nak tarik perhatian pun! :D
Ohh itu penerangan untuk kehidupan zaman sekarang. Macamna untuk kehidupan yang akan datang? Zaman berkerjaya ? zaman dah jadi hak milik orang ? haaa,, lagi laa tiada masa untuk bersembang chit chat dengan kengkawan ni! Urmm perkara yang paling simple and mudah yang perlu kita percaya, berkawan ni tak bermakna hilang jika tidak berhubung, tapi ingatan kita terhadap sahabat itu yang paling penting. My umi pun kadang-kadang ada cerita pasal classmate dia dulu. See? Ingatan yang kuat walaupun kita sebagai seorang sahabat pun tak akan tahu tentang tuh. Cubalah jadi kawan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. Manalah tahukan,satu hari nanti, bila kita selalu menolong mereka, insyaAllah di masa hadapan, kita pula yang memerlukan pertolongan mereka. J
Tapi jangan lupa, manusia ni Allah cipta dengan pelbagai jenis karenah dan perangai. Pandai-pandai kitalah menafsir dan memahami orang sekeliling kita.


Jenis-jenis kwn yg terdapat dlm Al-Quran :

1) QARIN = kawan yg sentiasa bersama kita menyuruh melakukan maksiat & melanggar perintahNya.

2) KHAZOOL = kawan yg menunjukkan dia sangat setia kpd kamu & apabila tiba waktukamu memerlukan pertolongan, dia pergi meninggalkan kamu...

3) WALI = kawan yg melindungi kita.Dia bukan shja sahabat kita malah sentisa menoleh kebelakang utk melihat kita..

4) SIDDIQUE = kawan yg paling ikhlas..Dia mengetahui apa yg terbaik utk kamu & dia tidak segan utk menegur kesalahan kamu..

5) KHALIL = kawan yg paling rapat spt adik beradik kamu. Sehingga apabila dia sedang gembira,kamu juga dpt merasai kgembiraan itu..

6) HAMEEM = kawan yg akan @ tdk akan mnjd kawan baik kamu tp dia berkelakuan spt dia rapat dgn kamu..

7) WALEEJAH = kawan yg boleh dipercayai & dapat menyimpan semua rahsia kamu sebaiknya...

8) AKHDAN = kawan yg kamu cuba mendekatinya spt ALLAH nyatakan dlm Al-Quran..kamu mengejarnya spt kamu mencari calon utk berkahwin..

-kita boleh nilai sendiri kita ni kawan yang macam mana???



This is for all my friends. I love you so much!


SAHABAT HiNGGA KE SYURGA... ●•٠·˙

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yg aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana ALLAH SWT..
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yg aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini,
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku mempunyai banyak kelemahan yg terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku,
Wahai sahabat yg dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku,
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku sentiasa b'harap untuk menjadi sahabat yg setia di sisi.. dalam payah & senangmu
Kerana,
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI...


Sahabat yg s0leh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yg s0leh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yg siang
Malam berjuang untuk ker0sakan

Sahabat yg s0leh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan s0al pilihan
Kejayaan yg dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa.. ^^

Sahabat yg s0leh
Ialah yg menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yg s0leh sangat menyayangi sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yg dicintainya terus tersasar & tersasar...
Dari cinta & Redha Ilahi

Sahabat yg s0leh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yg kau kata
Setuju apa yg kau bicara


Sahabat yg s0leh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup b'kongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yg s0leh
Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yg soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah p'sahabatan yg telah kau bina dengan penuh kasih & sayang

Jadikan dOa yg tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yg tidak putus-putus sebagai hadiah yg tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

Sahabat yg sOleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berd0alah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat s0lehmu Oleh ALLAH di Jannatul Firdaus yg abadi
Insyaallah... :)

Sahabat yg s0leh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yg Mementingkan Diri Sendiri





 ukhwah fillah!


No comments:

Post a Comment