“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Sunday 17 February 2013

my story #part5 Kem Muslim Mumtaz

bismillahirrahmanirrahim :)

KEM MUSLIM MUMTAZ

Lokasi : Keda Resort kg. Bendang Man, Sik Kedah..
Tarikh : 8 - 10 Februari 2013 

Sasaran peserta : semua penghuni Rumah Gemilang (79 orang ) (rumah anak yatim)

Alhamdulillah, 
saya telah berpeluang untuk menimba satu pengalaman yang sangat-sangat berharga, yang tak mungkin semua orang dapat. Kem Muslim Mumtaz ni satu program yang dibuat khas untuk anak-anak yatim Rumah Gemilang. so dalam erti kata lain, saya ke sana as fasilitator..

but here, im not going to write about the kids, bout mostly bout myself as 'peserta'.
secara jujurnya, kem ini telah memberi satu pengajaran yang amat besar buat saya. mungkin fasi-fasi lain tak dapat pengalaman yang sama macam saya, well lain orang, lain ujian, lain pandangan dan lain hikmah yang Allah berikan :)

dua minggu sebelum kem ini bermula, 
kumpulan fasi ini dikumpulkan dan di briefing terlebih dahulu oleh super duper seniors a.k.a pendokong untuk program ini. at first, wahh! excited you! yelaarrr! nak pergi jalan jauh kut ( perjalanan ke Sik mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Jitra ) dan eksaited sebab first time join program macam ni. seriously first time jadi fasi! hahahaa.. *abaikan pengalaman language camp dulu*
BUT,
duk tengah letih briefing tuh, last point yang akak senior tuh bagitahu,
SEMUA FASILITATOR DIWAJIBKAN PAKAI TUDUNG BIDANG ATLEAST 50 KEATAS! AND TUH PUN XBOLEH NAK BUTTERFLY! KENA PIN STRAIGHT KE BAWAH! 
and me was like, "what the ????" *moral down*

seriously tekanan perasaan datang secara mendadak.
terus pelbagai argument datang dalam diri..

"apa senior nih, nak suruh pakai labuh2, bagitahu awal2 lah."
"mana boleh paksa-paksa macam ni."
"aishh rasa nak cancel and balik bercuti awal lagi.. STRESS!"
*secara jujurnya, inilah yang saya rasakan*

dengan perasaan yang kucar kacir, kacau bilau, pening kepala dan stress, saya ambik keputusan untuk tekad balik awal! nak cancel semuanya!!! even though tiket bas balik lewat dah beli, but sanggup lagi called my uncle, tanya boleh balik dengan dia tak khamis nanti..*tahap kritikal*

tapi dengan kuasa Allah yang maha berkuasa, Allah telah membuka hijab hati saya walaupun xberapa nak terang, but still ada nur gituuuu... hewhewww...
alhamdulillah, Allah telah menghantar beberapa 'mesej' melalui post2 di facebook! mungkin sekilas pandang post tersebut bukanlah tuju untuk saya, but dalam hati nurani dan dalam ini, terasa juga kesannya!

first post yang buat rasa mari 'daq di dada ialah 





seriously wow ! memang kena atas muka kut!! setempekk kenaaa!! adushhhh *rebah jatuh tergolek2*
Ya Allah, mungkin hikmah dan kebaikan disebalik kem ini saya masih belum sepenuhnya nampak, tapi saya pun tahu, nak berubah ni kadang-kadang kena dengan sedikit 'keterpaksaan". xboleh nak ikutkan hati manja ini sangat. dan mungkin sebab diri saya ini yang agak keras bila orang suruh atau paksa, yang menyebabkan saya bajet nak buat2 rebel gitu. dan benda ini sangat-sangatlah tidak elok! 

bukan setakat post ni sahaja, masih banyak lagi peringatan dari Allah melalui facebook!










Kem Muslim Mumtaz.
mungkin pada awalnya iman saya teramat lemah untuk menerima semua ini. alhamdulillah, terima kasih kepada my beloved naqibah kak alifah and also kak tiqah for explaining and memahami kitorang sesangat. ilmu kami amatlah ketara nak bandingkan dengan kakak2 super duper senior yang dah lama berkecimpung dalam bidang dakwah ni. dan kami masih adik hingusan yang mana memang baru lagi dan diri kami sendiri pun masih banyak yang kena baiki. thank you a lot.
thank you for all my friends Dina, Mira, Izzati, Anis and Farah sebab tnin rasa akan give up dengan cepat dan terus give up rasanya if korang pun turut give up with me! thank you! walaupun at first, kite memang semakan dengan point masing-masing, but alhamdulillah, kita dah dapat hikmah disebalik kem ini kan..




OK STOP DENGAN PERASAAN YANG ALHAMDULILLAH DAH BERAKHIR!
masuk ke fasa ke-2 iaitu tentang anak-anak yatim Rumah Gemilang di Kem Muslim Mumtaz.

kami bercamping untuk 3 hari 2 malam iaitu pada hari jumaat, sabtu dan ahad. tetapi kami sampai di Rumah Gemilang seawal hari khamis lagi. 
pertama kali menjejakkan kaki ke rumah anak yatim, masyaAllah, satu perasaan yang tak dapat diungkapkan! kak tiqah dah banyak kali bagitahu yang adik-adik RG ni sangat2lah friendly and memerlukan kasih sayang dari kami semua. memang terserlah di raut wajah mereka ketika our first step sampai ke RG! mereka keluar dengan berkain sembahyang dan duk teriak nama kak tiqah, and kakak2 lain yang diorang kenal. aisshh dan kami selaku fasi-fasi yang baru ni tersangat2lah awkward! yelaaa.. aishh.. ok tutup cerita !
kembali kepada pengajaran hidup!

selama 3 hari 2 malam bercamping bersama mereka, seriously terbit rasa sayu di hati. why ? anak-anak RG dari umur sekecil 8 tahun sehingga 18 tahun, mereka semuanya hidup berdikari. then kenapa sayu ? alahaiii.. mana tak sayunyaaa.. adik yang paling kecik, yang kalau adik kita kat rumah, memang kita tantang habis-habisan, dan mereka disana dididik untuk berdikari.. first night kat RG tuh tengok adik-adik packing baju untuk kem. mereka sendiri yang cari baju, lipat baju, masukkan dalam beg. xtermasuk yang iron baju sendiri lagi. ok, my umi pun let me iron baju sendiri masa umur darjah 4! dan mereka ini hanyalah anak-anak kecil ! seriusly tabik springg kepada diorang !! tabik dengan ketabahan mereka!

kem ini banyak menekankan tentang aurat wanita. and me as a fasi untuk dua orang anak ( tasha and latifah ) rasa tersangat-sangatlah malu kepada diri sendiri. yela, kena terangkan kepada adik-adik tentang pemakaian yang elok but me myself pun masih xbetul jalan. astagfirullahalazim. sesungguhnya kem ini telah membuka [intu hati saya untuk terus belajar memperbaiki diri. imagine, duk bersungguh terang kepada adik-adik pasal aurat, but diri sendiri tak betul, asih  macam tak kena ja kan.. memang xsecara tak langsung, ilmu yang ada dalam diri ni terkesan dalam diri sendiri jugak ! mungkin ini salah satu hikmah tersembunyi yang Allah nak tunjukkan kepada saya tentang islam yang betul.. 

bila dah tercakap pasal aurat ni kan, terfikir lahh jugak adik-adik kat rumah tuh. selama ni saya tak pernah la pulak mengutarakan isu aurat di rumah (sedih kan?). memandai-mandai je nak didik anak-anak yatim tuh but adik-adik kat rumah sendiri pun tak terdidik lagi.. masyaAllah..itu kelemahan saya, dan insyaAllah saya akan cuba perbaikikan lagi...

and the most favourite part in this camp, iaitu perkenalan dengan sahabat-sahabat baru!! yeayyyy!! hahahaa
bahagia yang amat kut ! a'ah la, mana tak bahagianya! selama ni duk terkurung dan terperap je dalam IPDA tuh! memang tak kenal pun dunia luar. dan alhamdulillah melalui kem ini, saya dapat kwan2 baru..memang ramai lah kan sebab fasi2 ni bukan dari geng ipda ja! and yang paling rapat dengan KAK NAJWA ( kasi bold sikit nama dia)! HAHAHA... ok bukan setakat kak najwa, but dengan kak asma ( unisza ) kak mizah, even dengan ipdarian sendiri pun! yela, kami teslian kan memang terpinggir sikit kan! tak kenal senior2 nieh! ahaha. baru kenal rapat dengan kak humaira, kak ana and many more! alhamdulillah. hope ukhwah ni akan terus bersemi sehingga selama-lamanya! amin. :)

sorry amira shahirah, tnin curik pic nih.. tade koleksi nak letak dlm blog T.T


alhamdulillah, semoga apa yang Allah rancangkan ini untuk diri kita dapat memberi seribu manfaat! mungkin tidak banyak, tapi hanya sedikit. timbalah ilmu walaupun dari anak kecil. :)






wassalam ^_^







































3 comments:

  1. Salam.
    AllahuRabbi.. :') Byk btol yg Allah bg dkt Tnin. Byk sgt yg Tnin blajar. Alhamdulillah. Tahniah! Tnin dah lepasi ujian yg Allah bg. Bkn sng nak mujahidah dgn hawa nafsu. Alhamdulillah :') Nanti kita p sana lg eh :))

    ReplyDelete
  2. wasalam.. terima kasih atas skongan kak tqah jugak..tnin ni budak2 lagi. kena paksa marah2 sikit baru bertindak. hehe.. hope tnin dpt istiqmah dgn pngjrn yang tnin dpt ni, insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha ALlah tnin.. mudah2an, Allah bantu kita utk berubah kearah kebaikan dgn hadirkan insan2 yg baik, suasana yg baik, and seterusnya Insha Allah diri kita pun akan jadi baik. hehe. kak tqah pun kdg2 kena cmtu jgk. kena paksa, marah2 baru jalan. haha.

      Delete