“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Tuesday 18 June 2013

MY STORY #PART13 BEST FRIENDS FOREVER :)

bismillahirrahmanirrahim...

saya ada seorang sahabat. oh actually saya ada ramai sahabat.
tapi ni nak cerita tentang seorang sahabat. dia biasa-biasa je. sama dgn yang lain..

CUMA...

dialah yang berada di sisi saya sepanjang dua tahun setengah ni,
dialah yang sentiasa menceriakan hari saya,
dialah yang sentiasa mencubit lengan ni,
dialah yang sentiasa berjalan bersama saya,
dialah yang makan bersama saya,
dialah yang selalu ajak saya study (?),
dialah yang selalu beraksi manja depan saya,
dialah yang selalu snap picture saya,
dialah yang sentiasa memberi semangat,
dialah yang menjaga saya,
dialah yang segala-galanya.

hurmmmm...
saya rasa sepanjang 5 tahun ni, akan terikat dengan dia.
setiap saat. setiap masa. setiap hari.
if kami tidak bersama, confirm mesti akan ada orang yang tanya,

"mana tnin ? mana dina?"

kami tiada persamaan !
saya dan dia ada banyak perbezaan !
YES !

dia seorang yang brutal, saya seorang yang ayu.
dia suka biru, saya suka pink.
dia suka cerita seram, saya suka cerita fantasi.
dia suka keadaan gelap, saya suka keadaan cerah.
dia cantik, saya comel. (ok hahahahaa)

TAPI,
sepanjang 2 tahun setengah persahabatan kami ini,
sedikit sebanyak ada persamaan yang terjalin antara kami..

RUNNINGMAN, MEGGI, BUTTERSCOTCH BREAD !

banyak yang telah saya belajar dari si dia. ! 
dia mengajar saya erti kebrutalan ! erti kesungguhan ! erti persahabatan !
saya belajar, tidak semestinya kita memerlukan seseorang yang sama interest untuk bersama, untuk bersahabat. tetapi persahabatan sejati yang akan mencari persamaan antara kami ! :D

dialah sahabat saya 

DINA SYAFIQA ANNUR AZHAR 



setiap kali dengar lagu ni, seriously teringat kat dia. hehehe.. :D



semoga persahabatan yang telah kita jalinkan ini akan dirahmati Allah. 
ampun maaf sekiranya terdapat salah dan khilaf sepanjang perjalanan hidup ini..
thank you Allah for sending me this great friend :)
ALHAMDULILLAH !

p/s : tajuk xleh blah. saya normal.







Monday 17 June 2013

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina



sekadar gambar hiasan

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

sumber

Sunday 16 June 2013

MY STORY #PART12 FATNIN vs NECSAFE !

bismillahirrahmanirrahim...

saya ada satu masalah. masalah yang memang masalah la.
masalah saya berkaitan dengan NESCAFE ! a'ah nescafe 3 in 1 tuh !
saya suka minum nescafe ni.
kiranya memang stok wajib ah ada dalam loker !
memang akan ada!



lazat tak terkira..nyum3!


TAPI

masalahnya,
setiap kali minum nescafe ni, mata saya akan terbuka dengan luas seluasnya.
tak pernah ada tanda nak tutup !
apa ntah yang dijampi dalam nescafe ni. sampai memang kalau tergolek kt situ, tergolek kat sini, xtido2 jugak!
so, selalunya minum time musim exam. tapi curi2 jugak minum time tak exam pun.

and now,
saya ada stok nescafe, yang white coffee punye.



yang ni lagi best, sebab lebih halus gitu buih dia.
lebih pekat dan lebih kawwww laa !

actually, malam ni niat nak layan white coffee ni sambil cicah butterscotch gardenia bread.




best ! gandingan yang mantap ah dua ! memang lazat tak terkata ah !!
TAPI,
keno 'ngepek' ko roommate.

"kalu mg tok leh tido male ni, bo ngadu kapku pagi esok"
"tok soh duk minum la, nati xleh tidur"
"pah mula la bekok mato2 pagi esok"

ok. thank you roommate !
so masih tak tersentuh lagi laa white coffee saya tuh.
tapi dah beberapa keping roti habis. sedap makan begitu sahaja !

ok tuh je...

 mood : ngide nak cicoh roti nga nescafe ;(

wassalam..























Saturday 15 June 2013

MY STORY #PART11 semester baru ????!!!!!!

bismillahirrahmanirrahim..

hello ipda. 
selamat bertemu kembali.
3 minggu berjauhan, akhirnya bertapak jugak kat sini.
esok start kuliah untuk semester baru.
well, result xkeluar pun lagi dah start sem baru.
risau ! (gulp!)
semester baru, tapi semangatnya tidak baru.
ntah kenapa ! 
lack of motivation kutttttttttttttttttttttttt.. *bajet*

ntah. 
memang takder semangat.
risau lah jugak !
urm. semoga esok kembali bersemangat.










Friday 7 June 2013

mempersendakan agama ?

jangan mainkan agama ..
macam mana ?
camni haaa...

#SITUASI PERTAMA!

A : eh makanlah..banyak makanan ni.
B : ohh xmau laa.. puasa kan.. hehehee

*haa jangan memandai2 kata puasa padahalnya tidak! kalau tak mau makan bagitahu jela xmau!

A : eh makanlah..banyak makanan ni.
B : ohh xmau laa.. i tengah diet ni.. hehehe

*haa lagi elok kata diet ! dah memang tak mau makan kan..

#SITUASI KEDUA

A : jom pergi surau, ada ceramah agama.
B : oh pergila dulu. nanti aku pergi.

*haa kalau dah memang tak mau pergi, cakap terus terang xmau! ni mcm ayat paksa rela je!

A : jom pergi surau, ada ceramah agama.
B : urm tapela. kau jela pergi. nanti share la apa yang dapat.

*much better dari bagi alasan kan.

p/s : banyak lagi yang kita dah terbiasa buat tapi xsedar kan.. urmmmm.. susah rupanya nak sedar ni..


gambar takde motif ! 


wassalam.









MY STORY #PART10 PURDAH ?

bismillahirrahmanirrahim..

nak share satu story. citer biase2 je tapi, memberi kesan kepada diri ini. pendek je !

rabu lepas, pagi-pagi lagi pergi tumah tok ayah kat tumpat. ada buat makan2 sikit, tok ayah nak pergi mekah. petang baru bertolak balik rumah. singgah tesco dulu, beli tiket bas! then, berhenti solat maghrib kat masjid lemal.
ok. solat lah kan !
lepas sudah solat tuh, nk pakai2 tudung balik. at first, dalam hati niat nak pakai tudung biasa2 je, nak "seba" tudung gitu je ! malas nak buat butterfly tuh. dah nak balik kan ! memang dah niat dah !

tiba-tiba, ada sorang hamba Allah ni datang kat tepi, nak bersiap-siap jugak la kan. memang dah perasan dia pakai tudung labuh. then, nampak hamba Allah ni sarung something kat muka dia. MasyaAllah ! pakai purdah !
jujurnya, first time tengok cara orang pakai purdah ! ala-ala inner muka gitu !
dah nampak dia pakai cmtu, xjadi terus nawaitu awal2 tadi.
terus kacing tudung kat depan je !! *lagi berjurus la*
malu wooo. !
ok tuh je !



wassalam !












Saturday 1 June 2013

testimoni RD BEAUTY !!

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim... 

hari ni nak update testimoni pasal produk RD beauty sikit.. after berbulan-bulan guna produk ni, alhamdulillah, boleh laa nak bagi komen sikit-sikit.. 

awal-awal penggunaan dulu, alhamdulillah, kulit muka bertambah baik. tak kering. rasa halus laa sikit dari biasa. 
cuma, at the beginning tuh, rasa pedih bila pakai sabun kecantikan tuh. pedih especially bahagian kulit nipis mcm bahagian mata dan sekitar bibir. terus tanya owner dia kenapa rasa pedih2 camtu.. then she said sbb sabun tuh ada campuran dengan oren. so lepas pakai kena taruk toner terus, barulah tak pedih. and actually, memang saya xguna toner pun. hehehe.. my bad!

so alhamdulillah selepas tuh ok je! ni gmbar2 yang tak diedit sbg bukti. ececey!! hahaha
tapi ada je timing yang naik jerawat sikit2 tuh. well memang lady xboleh nak lari setiap bulan kan.. yang tuh kena terimalah !












 nak kata kulit jadi putih melepak tuh, tade lahh. cuma produk ni ok laa nak kasi lembabkan kulit..
unfortunately, baru-baru ni krim muka habis! dan hanya guna sabun dan krim malam utk berminggu-minggu ( a month maybe)..
so memang kering habis muka ni. imagine jela sbb sabun tuh cam buat muka jadi kering. then xpakai krim which functions as pelembab muka ! so agak teruk jugak laa kulit muka time tuh..
tambahan pula, kena pergi camping kat tepi pantai, memang kulit jadi kering sangat dan rasa give up dgn rd beauty ni. hahahahaaaa

cuba tukar pakai balik safi balqis for a week, tapi makin teruk. after that, dapatkan balik rd beauty ni, alhamdulillah ok balik... so pengajarannya, kena pakai cukup set laa.. if not, memang kering kut muka ! hahahahaa...

so kesimpulannya, i love RD BEAUTY ! hehehehe














PISMP TESL SEMESTER 1 : BIG AND SBE

bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah dah selesai satu sem ! so i have 7 semesters more to go!
kenangan sem ni ?? banyak ! tapi just nak update pasal BIG and SBE !
well, every semester akan ada dua program ni, so manalah tahu boleh nak compare2 kenangan. kan?? *bajet*

Bina Insan Guru (BIG)

ok, yang program ni alhamdulillah, ok laa.. best la jugak! yang part jungle trekking yang paling best sebenarnya! mencabar sangat2!!! seriously puas hati dengan trek yang mencabar camtu! the rest, ok laaaa... dengan aktiviti berakit, main terjun2 kat laut, ok la! hahahaha...






School Based Experience (SBE)

well, program ni yang best. for the first time, kena pergi sekolah as a GURU PELATIH kat sekolah kebangsaan sri melor !! wuuuuuu baru punye feeling nak jadi cikgu ! seriously !! you know that feeling when all the pupils bagi salam, "assalamualaikum cikgu" setiap kali bertembung ! hahaha and then dibenarkan guna tangga yang ada tanda "murid-murid tidak dibenarkan mengguna tangga ini" dan juga guna "tandas guru". hahahaa.. walaupun hanya untuk seminggu but alhamdulillah seriously sangat2 berharga dan bermakna ! hehehee...
plus dapat geng baru, mek anis and encik farhan ! hahahaa..
(of course la terpaksa bermalam kat rumah rumet selama seminggu. stress betul hadap muka dia 24 hours :P)













p/s : rasanya memang banyak lagi kekurangan nak jadi cikgu ! err muka tuh dah satu hal -.-'

wassalam