“People can tell you to keep your mouth shut, but that doesn't stop you from having your own opinion.” ( Anne Frank, The Diary of a Young Girl)

Sunday, 28 July 2013

MY STORY #PART15 ISTIMEWANYA RAMADHAN SAYA II :D

Bismillahirrahmanirrahim…

Part II untuk istimewanya ramadhan saya di IPDA!

Well, istimewa tuh tade la sangat. Biasa-biasa je, cuma exaggerate je lebih.. >.<

Berterawih di bumi IPDA ni senang je, memandangkan Masjid Annur tuh dalam kampus.
Walaupun perjalanannya kesana agak kegelapan lah sikit, tapi ramai je muslimat yang jalan-jalan kaki, so itu cumalah perkara biasa. Hehee

Berminggu-minggu menjalani ibadah puasa, semalam first time la berpeluang berterawih ke Masjid Annur bersama roommate. (sebarang kemusykilan hendaklah disimpan didalam hati)

Wooo sakan kut!hahaha.. apa yang istimewanya?

Istimewanya cuma, bersiap-siap dan berjalan-jalan untuk ke masjid.

Hahaha..


jalan-jalan dengan harapan langkah berpahala :)

haha bajet mcm dokumentasi 

preparation nak pi solat - sediakan ayaq secukupnya :D

heee dapat moreh seciput pun dah oke ! ^.^

Kami ada je curik-curik snap picture dlm masjid tapi tade laa posing2 sakan.

Niat utama nak pi semayang kan ! hehehe.. tapi galok semacam plak bila pi ngn mak cik roommate ni ! hehehe..

Tuh je..wassalam J













Friday, 26 July 2013

MY STORY #PART14 ISTIMEWANYA RAMADHAN SAYA :D


Bismillahirrahmannirrahim…

Puuuiihhh dah lama tak update blog! Kekangan masa dan juga kekangan internet suka jalan macam siput sedut!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-18 kita berpuasa. Alhamdulillah. Cepat sangat rasanya masa berlalu..

Berpuasa kat ipda as perantauan ni memang tiada yang special sangatlah. Cuma memandangkan bulan Ramadhan ni sendiri yang special, byk jugaklah majlis-majlis ilmu dan nk cuba baiki diri tuh,ada laa rasanya sedikit effort yang dibuat..hehehe
---------------------------------------------------------------------------

Tiap-tiap pagi, pukul 4.50 pagi, umi akan call kejutkan bersahur!

Tak pernah missed! (pernah sekali je sebab kredit telefon umi habis hee) Memang umi akan call!

Bila fikir balik pasal bersahur ni, my family memang melebihkan bersahur daripada waku berbuka!

Pada waktu bersahur ni laa, umi dan abah lebih talkative, lebih energetic gitu!
A’ah yela, nak kasi mata anak-anak terbuka luas, parents kena lah yang mulakan.

Family kami selalunya akan makan dengan banyaknya ketika bersahur!
Dulu selalu je akan bertanding siapa yang tambah nasi dulu, siapa yang makan paling banyak. Dan selalunya abahlah yang akan start.

Lepas makan nasik, mesti akan makan roti pulak, cicah dengan air. Selalunya umi dan abah minum nescafe, anak-anak minum tea o.

Pernah sekali tuh (dah lupa bila,tapi masa me masih sekolah rendah), abah belikan a box of ferrero rocher chocolate, dan abah hanya akan bagi sorang satu makan ketika waktu bersahur.

Urm dulu pernah terfikir, kenapalah abah sembunyi2kan coklat tuh?
Bila dah besar ni, tersenyum sorang jee bila teringatkan kembali. J

Ok. Rasanya dah cukup dengan ‘homesick’ gara-gara bersahur.
Terima kasih banyak2 umi kerana sanggup menghabiskan kredit banyak-banyak untuk kejutkan kami semua. Ramai kut! Abang long (sungai petani), abang ngah (Gombak), me (jitra ), kak nik (johor) dan abang teh (pekan Pahang).
*tudiaaaaaa list memanjang*

Heee selamat bersahur dan berpuasa..
Wassalam.











Tuesday, 9 July 2013

Anda sudah tua !

bismillahirrahmanirahim..

ini post yang lambat bergerak, kalah si kura-kura ! lambat update memandangkan busy memanjang dan kemalasan dan kekurang idea untuk mengarang !

1 JULY 2013..

tarikh yang memenatkan. hahaha. *gurau*
tarikh birthday kawan tersayang..
penat sikit nak plan surprise kat mak cik tuh.. agak laa...
but alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. *walaupun xsama seperti yang dirancang*

tadaaaaaaaaa... hehehehe


terima kasih Rizaida Home Bakery buat choc moist cake yang sangat cumil dan sedap !! alhamdulillah, saya berpuas hati ! hehehe..
buat cik dina, terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari saya !
mohon jangan duk mintak benda lain. haha..

happy birthday my dear friend


memandangkan cik dina ni orangnya agak brutal, haha terpaksa laa mention sikit salm brutal tuh..
tapi masih mengikut citarasa org yang menempah cupcakes ni,
suka yang cumil2 dan colourful ! hehehe..




selamat hari lahir Dina Syafiqa Annur Azhar..
semoga Allah merahmatimu selalu..

3 JULY 2013

Pertama kali menyambut birthday mong girl ni ! well, dah pindah ke p2 memang kena sambutlah kan.
sahabat sejati kan!
hehehee

tapi minta maaf sangat2 sbb tadelah buat surprise sgt, tapi kami tetap berlakon oke ! hehehe..
hadiah dah bagi awal-awal lagi ! hahahaa
siap tambah dengan aksesori lain lagi. :D
happy birthday alexa !

happy birthday Alexandra..
semoga berkurang 'mong' anda itu !
hehehe





p/s : terima kasih kepada Nur Hannan atas lakonan dan skrip yang telah bersama kita jayakan ! hehehee.. tanpa dirimu, kompom tak terjalan semua planning ni. hehehe.. makasih.. *maaf,tade koleksi gmbr kita bersama ;( *



saya gembira bila orang yang saya sayang gembira. :)

wassalam

Tuesday, 18 June 2013

MY STORY #PART13 BEST FRIENDS FOREVER :)

bismillahirrahmanirrahim...

saya ada seorang sahabat. oh actually saya ada ramai sahabat.
tapi ni nak cerita tentang seorang sahabat. dia biasa-biasa je. sama dgn yang lain..

CUMA...

dialah yang berada di sisi saya sepanjang dua tahun setengah ni,
dialah yang sentiasa menceriakan hari saya,
dialah yang sentiasa mencubit lengan ni,
dialah yang sentiasa berjalan bersama saya,
dialah yang makan bersama saya,
dialah yang selalu ajak saya study (?),
dialah yang selalu beraksi manja depan saya,
dialah yang selalu snap picture saya,
dialah yang sentiasa memberi semangat,
dialah yang menjaga saya,
dialah yang segala-galanya.

hurmmmm...
saya rasa sepanjang 5 tahun ni, akan terikat dengan dia.
setiap saat. setiap masa. setiap hari.
if kami tidak bersama, confirm mesti akan ada orang yang tanya,

"mana tnin ? mana dina?"

kami tiada persamaan !
saya dan dia ada banyak perbezaan !
YES !

dia seorang yang brutal, saya seorang yang ayu.
dia suka biru, saya suka pink.
dia suka cerita seram, saya suka cerita fantasi.
dia suka keadaan gelap, saya suka keadaan cerah.
dia cantik, saya comel. (ok hahahahaa)

TAPI,
sepanjang 2 tahun setengah persahabatan kami ini,
sedikit sebanyak ada persamaan yang terjalin antara kami..

RUNNINGMAN, MEGGI, BUTTERSCOTCH BREAD !

banyak yang telah saya belajar dari si dia. ! 
dia mengajar saya erti kebrutalan ! erti kesungguhan ! erti persahabatan !
saya belajar, tidak semestinya kita memerlukan seseorang yang sama interest untuk bersama, untuk bersahabat. tetapi persahabatan sejati yang akan mencari persamaan antara kami ! :D

dialah sahabat saya 

DINA SYAFIQA ANNUR AZHAR 



setiap kali dengar lagu ni, seriously teringat kat dia. hehehe.. :D



semoga persahabatan yang telah kita jalinkan ini akan dirahmati Allah. 
ampun maaf sekiranya terdapat salah dan khilaf sepanjang perjalanan hidup ini..
thank you Allah for sending me this great friend :)
ALHAMDULILLAH !

p/s : tajuk xleh blah. saya normal.







Monday, 17 June 2013

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina



sekadar gambar hiasan

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

sumber

Sunday, 16 June 2013

MY STORY #PART12 FATNIN vs NECSAFE !

bismillahirrahmanirrahim...

saya ada satu masalah. masalah yang memang masalah la.
masalah saya berkaitan dengan NESCAFE ! a'ah nescafe 3 in 1 tuh !
saya suka minum nescafe ni.
kiranya memang stok wajib ah ada dalam loker !
memang akan ada!



lazat tak terkira..nyum3!


TAPI

masalahnya,
setiap kali minum nescafe ni, mata saya akan terbuka dengan luas seluasnya.
tak pernah ada tanda nak tutup !
apa ntah yang dijampi dalam nescafe ni. sampai memang kalau tergolek kt situ, tergolek kat sini, xtido2 jugak!
so, selalunya minum time musim exam. tapi curi2 jugak minum time tak exam pun.

and now,
saya ada stok nescafe, yang white coffee punye.



yang ni lagi best, sebab lebih halus gitu buih dia.
lebih pekat dan lebih kawwww laa !

actually, malam ni niat nak layan white coffee ni sambil cicah butterscotch gardenia bread.




best ! gandingan yang mantap ah dua ! memang lazat tak terkata ah !!
TAPI,
keno 'ngepek' ko roommate.

"kalu mg tok leh tido male ni, bo ngadu kapku pagi esok"
"tok soh duk minum la, nati xleh tidur"
"pah mula la bekok mato2 pagi esok"

ok. thank you roommate !
so masih tak tersentuh lagi laa white coffee saya tuh.
tapi dah beberapa keping roti habis. sedap makan begitu sahaja !

ok tuh je...

 mood : ngide nak cicoh roti nga nescafe ;(

wassalam..























Saturday, 15 June 2013

MY STORY #PART11 semester baru ????!!!!!!

bismillahirrahmanirrahim..

hello ipda. 
selamat bertemu kembali.
3 minggu berjauhan, akhirnya bertapak jugak kat sini.
esok start kuliah untuk semester baru.
well, result xkeluar pun lagi dah start sem baru.
risau ! (gulp!)
semester baru, tapi semangatnya tidak baru.
ntah kenapa ! 
lack of motivation kutttttttttttttttttttttttt.. *bajet*

ntah. 
memang takder semangat.
risau lah jugak !
urm. semoga esok kembali bersemangat.